Pokok Nyatoh Sidang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Nyatoh Sidang
260px
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Ericales
Famili: Sapotaceae
Genus: Palaquium
Spesies: P. rostratum
Binomial: Palaquium rostratum (Miq.) Burck


Pokok Nyatoh Sidang ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Sapotaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatera, Sulawesi, dan Thailand. Nama botaninya Palaquium rostratum (Miq.) Burck. [1]

Kayu Pokok Nyatoh Sidang digunakan dalam industri pembinaan serta untuk membuat almari.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Nyatoh Sidang adalah pokok yang amat besar sehingga 40 meter (130 kaki) tingginya, dengan akar banir yang ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Kasar, dan berwarna perang merah tua, dengan emping-emping sering didapati di antara tisu-tisunya. Kulit sebelah dalam berwarna merah jambu, lembut, berserat, dan meleleh sap putih ketika dipotong.
  • Daun: Berbentuk empat segi panjang, dan tumbuh dalam lingkaran-lingkaran yang ketat pada hujung ranting.
  • Bunga: Berumpun-rumpun dan berbau wangi.
  • Buah: Berbentuk empat segi panjang, dan berisi, dengan 1-3 biji yang terbenam di dalam isinya.

Spesies lain[sunting | sunting sumber]

Beberapa spesies lain juga dikenali sebagai Nyatoh secara umum, antaranya adalah:-

  1. Pokok Nyatoh
  2. Pokok Nyatoh Sidang
  3. Pokok Nyatoh Jambak
  4. Pokok Nyatoh Semaram
  5. Pokok Nyatoh Gunong
  6. Pokok Nyatoh Kabu
  7. Pokok Nyatoh Pipit
  8. Pokok Nyatoh Puteh
  9. Pokok Nyatoh Ketiau
  10. Pokok Nyatoh Tembaga
  11. Pokok Nyatoh Durian
  12. Pokok Nyatoh Ekor
  13. Pokok Nyatoh Mayang
  14. Pokok Nyatoh Sundek
  15. Pokok Nyatoh Tembaga Kuning
  16. Pokok Nyatoh Nangka Kuning
  17. Pokok Nyatoh Nangka Merah
  18. Pokok Nyatoh Taban Puteh
  19. Pokok Nyatoh Taban Merah
  20. Pokok Nyatoh Surian

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

* Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.