Buah pala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Pala)

Pala
Pala
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Myristica
Subspesies:
Lebih kurang 100 spesies, termasuk:
Myristica argentea
Myristica fragrans
Myristica malabarica

Buah pala atau pala[1] (Jawi: بواه ڤالا atau ڤال‎) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau dalam Myristica.[2] Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Biji dan kulit selaputnya yang terkandung dalam buah pokok ini penting untuk dijadikan sebagai rempah.

Spesies yang paling penting dari segi perdagangan ialah pala harum atau Myristica fragrans yang berasal daripada Kepulauan Banda di Indonesia.[3][4] namun tersebar juga di Caribbean, khususnya Grenada. Spesies yang lain termasuk:

Kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk M. fragrans.

Nama buah ini meminjam dari bahasa Sanskrit फल phala "buah" melalui bahasa Jawa,[5][6] ia sepunca dengan perkataan "pahala".

Botani[sunting | sunting sumber]

Sebatang pokok pala

Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan ditanam di antara 10 batang pokok betina. Namun ada sumber yang mengatakan bahawa terdapat pokok yang mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina. Tetapi ini jarang ditemui.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza di antara pokok yang berlainan seakan-akan telur dengan ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, namun ada pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pir. Secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 89 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Pada pangkal biji melekat suatu kulit selaput keliling biji yang berwarna merah dan kelihatan kering seakan-akan renda.

Selaput biji pala dalam buah pala.

Apabila buah ini masak, perikarpnya yang berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Kedua-dua biji dan selaputnya boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah: biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan yang menggunakan susu manakala kulit yang disebutkan sebagai "bunga pala" atau "kembang pala" (mace)[5] digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan[7] terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos dan kicap.

Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala dengan perisa yang berbeza. Sejenis minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala; minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 112. ISBN 967-61-1560-6.
  2. ^ "Nutmeg and derivatives (Review)". Pertubuhan Makanan Sedunia. September 1994. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2018. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  3. ^ Amitav Ghosh (December 30, 2016). "What Nutmeg Can Tell Us About Nafta". New York Times.
  4. ^ Dotschkal, Janna (22 Jun 2015). "The Spice Trade's Forgotten Island". National Geographic. Dicapai pada 13 April 2017.
  5. ^ a b Donkin, R. A. (2003). Between East and West: The Moluccas and the Traffic in Spices Up to the Arrival of Europeans. Philadelphia: American Philosophical Society. m/s. 22. ISBN 0-87169-248-1.
  6. ^ Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 131–132.
  7. ^ Small, Ernest (2011). Top 100 Exotic Food Plants. CRC Press. m/s. 420. ISBN 978-1439856864. Dicapai pada 2019-08-27.
Sumber utama
  • Shulgin, Alexander T.; Sargent, Thornton W.; Naranjo, Claudio. Chemistry and psychopharmacology of nutmeg and of several related phenylisopropylamines (Kimia dan psikofarmakologi buah pala dan beberapa fenilisopropilamina berkait). Penerbitan Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat (1967), No. 1645, m.s. 202-214.
  • Gable, R. S. (May–June 2006). "The toxicity of recreational drugs". American Scientist. 94: 206-208.CS1 maint: date format (link)