Penarahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Penarahan)

Penarahan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
G. bancana
Nama binomial
Gymnacranthera bancana
(Miq.) Sinclair
Sinonim[1]
Senarai
    • Gymnacranthera murtonii (Hook.f.) Warb.
    • Myristica amplifolia Warb.
    • Myristica ferruginea Wall.
    • Myristica murtonii Hook.f.
    • Palala murtonii (Hook.f.) Kuntze

Penarahan, pendarahan, kayu asap, medang simpai, salak utan atau balo (nama botani: Gymnacranthera bancana) ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Myristicaceae. Ia ditemukan di kawasan hutan pamah, hutan paya dan tepi bukit di Sumatera, Johor, Singapura, Pulau Bangka, Sarawak dan Brunei.[2]:43

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama penarahan (Jawi: ڤنارهن) dan nama pendarahan (Jawi: ڤندارهن) diberikan kerana warna getah pokoknya yang merah seperti darah, nama-nama tersebut juga dipakai kepada banyak spesies tumbuhan dalam keluarga Myristicaceae.[3]:466[4] Nama penarahan digunakan di Semenanjung Melayu.[3]:466

Nama balo (Jawi: بالو) digunakan di Pulau Bangka.[3]:466

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok oenarahan tumbuh tinggi sehingga 5-40 meter. Kulit kayunya berwarna perang kemerah-merahan dan kasar dengan banyak rekahan. Helai daunnya berbentuk bujur dengan ukuran 18-42 sentimeter panjang dan 7.5-19 sm lebar, permukaan atas berkilat tetapi bahagian bawahnya dilitupi bulu.[2]:43

  • Bunga: Kecil, dengan warna perang di bahagian luar tetapi berwarna merah jambu di bahagian dalam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gymnacranthera bancana (Miq.) J.Sinclair". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 27 Mei 2023.
  2. ^ a b de Wilde, W. J. J. O. (1994). "Myristicaceae". Flora Malesiana. 14 (1): 1–632 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  3. ^ a b c Schouten, R.T.A. (1986). "Revision of the genus Gymnacranthera (Myristicaceae)". Flora Malesiana. 31 (2): 451–486 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "pĕndarahan". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 241 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.