Pokok Perepat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Perepat
frames
Pengelasan saintifik

-->

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Myrtales
Famili: Lythraceae
Genus: Sonneratia
Spesies: S. alba
Binomial: Sonneratia alba J. Smith


Pokok Perepat merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan bakau Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Ia juga mudah didapati di timur Afrika. Nama botaninya Sonneratia alba J. Smith.

Pendebungaan[sunting]

Pokok Perepat mempunyai bunga yang berkembang pada waktu petang, dengan lebar 2 - 4 cm. Ini membolehkannya didebungakan oleh kelawar. Bunganya berbentuk seperti jarum yang berjuntai ke luar dari kudup dan berwarna putih. Buah spesies ini boleh dimakan tetapi berasa masam. Ianya mengandungi lebih banyak biji yang lembut berbanding isi. Biasanya buah ini gugur setelah benar-benar masak dan boleh dikenal pasti dengan mencuba mencabut bahagian atas buah yang berbentuk bintang berbucu enam.

Lihat juga[sunting]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z