Petai belalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Petai Belalang)
Lompat ke: pandu arah, cari
Petai belalang
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Subkeluarga: Mimosoideae
Tribus: Mimoseae
Genus: Leucaena
Spesies: L. leucocephala
Nama binomial
Leucaena leucocephala
(Lam.) de Wit[1]
Sinonim

Leucaena glauca (L.) Benth.[2]
Mimosa glauca L.
Acacia glauca Willd.

Leucaena leucocephala

Petai belalang ialah sebuah pokok daripada keluarga kekacang. Ia adalah antara tumbuhan pemberi sumber protein terbaik untuk makanan lembu, dimakan segar, muda, matang, hijau ataupun kering. Nilai pemakanannya sama atau lebih elok jika dibandingkan dengan alfalfa. Pokok petai belalang semakin mendapat tempat dalam memulihkan tanah, mengawal hakisan, pemuliharaan air, penghutanan semula dan pengurusan tanah, dan baik sebagai tanaman penutup bumi dan tanaman baja hijau. Penggunaan daunnya sebagai sungkupan pada tanaman dikatakan berjaya meningkatkan hasil tanaman tersebut secara signifikan.[3]

Pokok petai belalang kini digunakan sebagai sumber biojisim bagi menjana tenaga untuk kilang-kilang di Kertih, Terengganu.[4][5] Cip kayu petai belalang dan pokok akasia akan digunakan dalam menjana tenaga untuk Taman Bio Polimer Kertih kelak.[6]

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Buahnya berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang. Di sesetengah tempat di Indonesia bijinya dijadikan tempe. Tumbuhan ini sukakan cahaya matahari yang cukup dan membiak melalui biji benih.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Leucaena leucocephala (Lam.) de Wit". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 1995-03-24. http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/taxon.pl?21959. Capaian 2010-01-18. 
  2. "Leucaena leucocephala (tree)". Global Invasive Species Database. Invasive Species Specialist Group. http://www.invasivespecies.net/database/species/ecology.asp?si=23&fr=1&sts=sss&lang=EN. Capaian 2010-01-18. 
  3. James A. Duke. 1983. Handbook of Energy Crops. unpublished. Leucaena leucocephala (Lam.) deWit.
  4. 6,000 hektar petai belalang bakal dituai.
  5. Terengganu terima pelaburan biotek RM7 bilion
  6. Terengganu bakal miliki kompleks biopenapisan terbesar di Asia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z