Pokok Pisang Hutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pisang Hutan
Buah pisang hutan, menunjukkan banyak biji benih.
Buah pisang hutan (Musa balbisiana), menunjukkan banyak biji benih.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Monocots
(tiada peringkat): Commelinids
Order: Zingiberales
Famili: Musaceae
Genus: Musa
Spesies: M. balbisiana
Nama binomial
Musa balbisiana
Colla 1820
Sinonim
  • Musa troglodytarum L.
  • Musa seminifera Lour.
  • Musa sapientum L. sensu Roxb. non L.
  • Musa brachycarpa Backer
  • Musa sapientum subsp. seminifera forma pruinosa King
  • Musa sapientum var. pruinosa
  • Musa liukiuensis (Matsum.) Makino
  • Musa paradisiaca subsp. seminifera var. pruinosa King ex K. Schum.
  • Musa sapientum var. pruinosa (King ex K. Schum.) A. M. Cowan & Cowan
  • Musa x sapientum var. liukiuensis Matsum.
  • Musa seminifera Lour.
  • Musa dechangensis J. L. Liu & M. G. Liu
  • Musa lushanensis J. L. Liu
  • Musa luteola J. L. Liu

Pisang Hutan (Musa balbisiana)[1] merupakan spesies pisang liar asal di Asia Selatan. Ia merupakan satu dari leluhur tanaman pisang moden bersama Musa acuminata. Ia hidup segar dalam kelompok dan tumbuh dengan lebih tegak berbanding kebanyakan pisang ditanam. Bunganya tumbuh dalam warna inflorescence dari merah sehingga merah gelap. Buahnya antara biru dan hijau. Ia dianggap tidak boleh dimakan kerana biji benih yang banyak yang terdapat di dalamnya. Ia boleh dijangkakan bahawa pisang hutan pernah dimasak dan dimakan atau pisang tanaman moden tidak akan berkembang.[2]

Pisang hutan berbiji Musa balbisiana dikenali sebagai "butuhan" ('dengan biji benih') di Filipina.[3] Klon Parthenocarpy semulajadi wujud melalui polyploidi dan menghasilkan pisang yang boleh dimakan. Contoh adalah Pisang Saba liar.[4]

Ia pertama kali digambarkan pada tahun 1820 oleh pakar botani Itali Luigi Aloysius Colla.[5]

Di Malaysia, batang pokok pisang hutan diambil dan dimasak sebagai gulai.[6]


Daun pisang hutan digunakan di Thailand bagi membalut manisan tempatan dan bunganya bagi merawat ulser dalam perubatan tradisi.[7]

Dalam cerita rakyat Thailand pokok pisang jenis ini dipercayai didiami oleh semangat, Nang Tani (Bahasa Thai: นางตานี), sejenis hantu berkait dengan pokok yang menampilkan dirinya sebagai gadis muda.[8] Orang sering kali mengikat kain satin bewarna pada batang pokok Pisang Hutan sebagai penghormatan.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]