Pulai lilin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Pulai Lilin)

Pulai lilin
Pulai lilin (Alstonia scholaris)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. scholaris
Nama binomial
Alstonia scholaris
Butir kejadian daripada GBIF[2]
Sinonim[3]

Echites scholaris L.

Pulai lilin atau pulai hitam[4] (nama saintifik: Alstonia scholaris) ialah spesies pokok tropika malar hijau dalam keluarga Apocynaceae. Ia tempatan dari selatan China, tropika Asia dan Australasia, yang mana ditanam menjadi tanaman hiasan biasa di kawasan tersebut. Ia adalah tumbuhan beracun tapi tradisionalnya, ia terpakai untuk merawat ribuan serangan dan penyakit.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Batang kayu pokok pulai lilin

Alstonia scholaris adalah pokok tidak berbulu dan tumbuh melebihi 40 m (130 ka) tinggi. Kulit kayu matangnya keabuan dan dahannya yang muda banyak berliang gabus.

Sisi atas daunnya berkilat, sedangkan sisi bawahnya keabuan.[5] Tiga ke sepuluh daunnya ditemukan dalam pusaran; tangkai daun 1–3 cm (0.39–1.18 in); daun kerasnya hampir-hampir bujur telur songsang (obovate) hingga nyaris-nyaris sesudip (spathulate); pangkal bebaji (cuneate), hujung selalunya bulat; urat sisi ditemukan dalam 25 ke 50 pasang, pada sudut 80-90° urat tengah.

Payung tambahan (cyme) padat dan bermiang; tangkai induk 4–7 cm (1.6–2.8 in) panjang. Tangkai kecil selalunya sama panjang atau lebih pendek berbanding salut bunga. Sari bunganya putih dan bak tabung, 6–10 mm (0.24–0.39 in); cuping umumnya bujur telur atau bujur telur songsang, 2–4.5 mm (0.079–0.177 in), bertindih ke kiri. Bakal buahnya turut berlainan dan bermiang sedangkan buah bengang sebelahnya pula berlainan dan lurus.

Bunga mekar pada bulan Oktober. Bunganya sungguh harum menyamai bunga Cestrum nocturnum. Benih A. scholaris lonjong dengan birai berbulu, dan berhujung jambak rerambut 1.5–2 cm (0.59–0.79 in).[6] Kulit kayunya hampir tak berbau dan sangat pahit, dengan kepahitan melampau dan getah bersusu.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Alstonia scholaris tempatan dari daerah berikut:[3]

Alstonia scholaris adalah pokok negeri Bengal Barat, India, di mana ia disebut pokok chatim.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ World Conservation Monitoring Centre (1998). "Alstonia scholaris". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. IUCN. 1998: e.T32295A9688408. doi:10.2305/IUCN.UK.1998.RLTS.T32295A9688408.en.
  2. ^ GBIF.org (07 June 2018) GBIF Occurrence Download https://doi.org/10.15468/dl.eokqvq Alstonia scholaris (L.) R.Br.
  3. ^ a b "Alstonia scholaris". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 2012-03-30.
  4. ^ "Alstonia scholaris (L.) R.Br". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Pusat Kepelbagaian Biologi Malaysia & Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Dicapai pada 2022-05-01.
  5. ^ Phillipine Medical Plants didapatkan kembali pada 29 Jun 2007
  6. ^ Flora of China didapatkan kembali pada 29 Jun 2007
  7. ^ Simon Gardner, Pindar Sidisunthorn and Lai Ee May, 2011. Heritage Trees of Penang. Penang: Areca Books. ISBN 978-967-57190-6-6

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z