Pokok Rotan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Rotan
Daemonorops draco
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
(tiada peringkat): Monokotiledon
(tiada peringkat): Commelinids
Order: Arecales
Famili: Arecaceae
Subfamili: Calamoideae
Tribus: Calameae
Genus

Calamus
Calospatha
Ceratolobus
Daemonorops
Eleiodoxa
Eremospatha
Eugeissona
Korthalsia
Laccosperma
Metroxylon
Myrialepis
Oncocalamus
Pigafetta
Plectocomia
Plectocomiopsis
Pogonotium
Raphia
Retispatha
Salacca

Pokok Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma panjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain. Daripada batang pokok rotan yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki), terdapatlah rotan komersil yang kukuh dan mempunyai diameter yang seragam.

Rotan digunakan untuk tongkat (umpamanya, rotan Melaka) atau dibelah untuk membuat barang anyaman rotan, bakul, dan kerusi. Resin daripada buah rotan dikenali secara komersil sebagai "darah naga" (bahasa Inggeris: dragon's blood) dan dipercayai mempunyai khasiat-khasiat perubatan oleh orang Yunani, Rom dan Arab. Resin ini amat dikenali oleh pembuat biola Itali pada abad ke-18 sebagai sumber varnis. Salah satu sumber utama untuk resin perubatan dan varnis ini ialah buah mentah Daemonorops draco yang berasal dari Tanah Melayu. Walaupun kekadang masih digunakan untuk proses gores foto, darah naga sebagai bahan pewarna telah digantikan dengan damar tiruan.

Jenis-jenis rotan (Mungkin nama daerah yang merujuk spesies yang sama)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]