Pokok Saga Daun Tumpul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Saga Daun Tumpul
Buah Saga Daun Tumpul
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Famili: Fabaceae
Subfamili: Mimosoideae
Genus: Adenanthera
Spesies: A. pavonina
Nama binomial
Adenanthera pavonina
L.

Pokok Saga Daun Tumpul atau kenderi batang (Adenanthera pavonina)[1] ialah sejenis pokok kayu balak.

Ia merupakan sejenis pokok berbuah dan mempunyai biji yang menarik.

Biji benih

Pokok Saga Daun Tumpul ialah spesies pokok yang digunakan sebagai balak, juga dikenali ringkasnya sebagai Saga; sinonim Adenanthera gersenii Scheff., Adenanthera polita Miq., Corallaria parvifolia Rumph. Pokok ini adalah biasa dalam kawasan tropika dunia lama. Di India, setiap bahasa memiliki namanya sendiri bagi pokok Saga (sebagai contoh di Kerala ia dikenali sebagai Manchadi). Ia juga diperkenalkan di negara berikut di Benua Amerika: Brazil, terutamanya di Caatinga ; Costa Rica, Honduras, Cuba, Jamaica, Puerto Rico, Trinidad, Tobago, Venezuela, dan Amerika Syarikat, terutamanya di selatan Florida.

Alkaloid[sunting | sunting sumber]

Beberapa akaloid telah diasingkan dari Adenanthera pavonina termasuk pilocarpine, pilocarpidine dan physostigmine.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pokok ini berguna bagi pengikat nitrogen, dan sering dituai bagi makanan ternakan, tumbuhan perubatan, dan tanaman hiasan taman dan pokok di bandar. Biji benihnya yang cantik digunakan sebagai manik dan bagi rantai, dan kualiti berzatnya (biji benih mentah adalah beracun tetapi boleh dimakan selepas di masak), telah menyumbang bagi penyebarannya. E. J. H. Corner menyatakan bahawa di India, biji benihnya telah digunakan selama wujudnya rekod sejarah sebagai unit berat bagi ukuran kecil, bagi emas contohnya.[2] Nama Melayu bagi pokok ini, saga, telah dijejak pada perkataan Arab bagi 'tukang emas'. Ia juga merupakan nama kereta pertama Malaysia, Proton Saga.

Bunga kecil, kekuningan tumbuh dalam rimbunan kepala bunga melendut seperti ekor tikus. Pod melengkung tergantung, dengan kembung bertentangan bagi setiap biji benih, pecah dua setiap satu mendedahkan biji benih merah saga yang keras. Pucuknya boleh dimasak dan dimakan. Kayunya yang amat keras digunakan bagi menghasilkan bot, perabut dan kayu api.

Pokok ini digunakan bagi menghasilkan sabun, [3] dan pewarna merah boleh dihasilkan dari pokoknya.

Dos tinggi hasilan biji benih menunjukkna kesan antioksida dalam kajian pada tikus.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  2. E. J. H. Corner, "Wayside Trees of Malaya: Vol. I", Malayan Nature Society, 4th ed., 1997
  3. Species used for Soap, Dr. Duke's Phytochemical and Ethnobotanical Databases
  4. Olajide O.A., Echianu C.A., Adedapo A.D., Makinde J.M. (2004). "Anti-inflammatory studies on Adenanthera pavonina seed extract". Inflammopharmacology 12 (2): 196–202. doi:10.1163/1568560041352310. PMID 15265320. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]