Pokok Sayur Paku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Sayur Paku
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Pteridophyta
Kelas: Pteridopsida
Order: Dennstaedtiales
Famili: Dennstaedtiaceae
Genus: Stenochiaena
Spesies: S. palustris
Binomial: Stenochiaena palustris


Pokok Sayur Paku ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Dennstaedtiaceae yang berasal dari kawasan Asia-Pasifik. Nama botaninya Stenochiaena palustris.

Pokok Sayur Paku ialah sejenis pakis yang hidup biak di tanah lembap di kawasan-kawasan cerah atau sedikit teduh. Pokok ini dipergunakan sebagai perubatan tradisional Melayu, dengan jusnya diminum untuk merawat demam.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Daun-daun Pokok Sayur Paku, iaitu pelepah-pelepah, dibahagikan menjadi daun-daun kecil yang mempunyai tepi bergigi. Permukaan bawah daun-daun ini dilitupi dengan bintik-bintik kecil yang berwarna perang dan merupakan sorus-sorus yang mengandungi spora.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.