Pokok Sena (pokok)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Sena (pokok)
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Famili: Fabaceae
Genus: Pterocarpus
Spesies: P. indicus
Binomial: Pterocarpus indicus


Pokok Sena atau juga dikenali sebagai Angsana merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Pterocarpus indicus. [1] Ia merupakan pokok asal di Malaysia dan kawasan ASEAN. Ia dikenali sebagai pokok Narra di Filipina, pokok Sonokembang di Indonesia, pokok Tnug di Kemboja, dan pokok Pradu di Thailand. Pokok Sena dianggap sebagai pokok balak yang baik.



Gambaran[sunting | sunting sumber]

Pokok Sena merupakan pokok tinggi malar hijau yang mampu mencecah sehingga ketinggian 30 meter sehingga 48 meter ditempat asalnya. Daunnya sepanjang antara 12 hingga 22 cm dan tangkainya (petiole) sepanjang sekitar 2 hingga 4 cm. Bunganya berbeza dari sedikit sehingga merimbun dan berbunga dari Februari hingga Mei di Malaysia dan Filipina. Ia berbau harum dan mempunyai kelopak kuning atau kuning bata. Buahnya bulat leper dan sekitar 6 cm kerat rentas. Buahnya yang matang dalam 4-6 bulan, menjadi perang apabila tua. Ia mempunyai sayap serabut bagi penyebaran melalui udara.

Kebanyakan spesies Pterocarpus mengemari cuaca bermusim, tetapi P. indicus menggemari hutan hujan tropika.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Veneer dengan urat seperti cengkerang

Pokok Sena merupakan kayu keras, kemerahan tahan anai-anai dan berbau harum seperti bunga mawar. Kayu ini dikenali di Indonesia sebagai amboyna sempena Ambon, di mana kebanyakan pokok ini ditemui. Seringkali kayu Sena dipotong nipis sebagai lapis veneer, bagi menghasilkan perabot. Bunganya digunakan sebagai sumber madu sementara rebusan daun digunakan sebagai syampo. Kedua bunga dan daun dikatakan boleh dimakan


Simbol[sunting | sunting sumber]

Pokok Sena (Narra) merupakan pokok kebangsaan bagi Filipina, dan juga pokok daerah Chonburi dan daerah Bukit(Phuket ) yang dahulunya taklok negeri Kedah kini di jajah Thailand.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]