Pokok Teh Assam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Teh Assam
260px
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Ericales
Famili: Theaceae
Genus: Camellia
Spesies: C. sinensis
Binomial: Camellia sinensis var assamica


Teh Assam adalah Teh Hitam yang dinamakan menurut kawasan penghasilannya (Assam, India). Teh ini ditanam pada paras laut dan terkenal dengan kepekatan, cepat kembang, perasa malt, dan warna yang terang dan jelas. Dalam sejarah, Assam adalah kawasan pengeluar teh perdagangan kedua selepas China. China dan Assam merupakan dua kawasan di dunia yang mempunyai pokok teh asal. Teh Assam mengubah tabiat meminum teh, dihasilkan dari pelbagai jenis pokok teh, menghasilkan teh yang berlainan.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Pokok teh (Camellia sinensis var assamica) ditanam di tanah rendah Assam, tidak seperti teh Darjeeling dan teh Nilgiri yang ditanam di tanah tinggi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat teks purba perubatan Sanskrit abad ke 10 dari Assam yang dikenali sebagai Nidana yang menyebut mengenai daun yang dipanggil shamapatra darimana shamapani dibuat. Ini kemungkinannya teh pertama sekali direkodkan di India.

Sebelum teh di perdaggangkan di Assam, daun pokok teh digunakan oleh penduduk setempat tanpa diproses. Pratis ini berterusan dikawasan-kawasan sukar dicapai di Assam.

Awalnya[sunting | sunting sumber]

Robert Bruce dikatakan menjumpai pokok teh tumbuh meliar dikawasan itu. Menurut cerita lain, bangsawan Assamese, Maniram Dewan, menunjukkan Robert Bruce kepada pokok tersebut pada tahun 1823. Sebelum kematiannya pada tahun 1825, Bruce memberitahu pengetahuannya itu kepada saudaranya Charles, yang menghantar benih pokok teh tersebut ke Calcutta pada tahun 1831. Pada tahun 1833 British kehilangan monopoli perdagangan teh dengan China dan Majlis Teh menghantar setiausaha George Gordon ke China untuk mempelajari kaedah dan memulakan ladang teh di Assam. Dia pulang dari dari China dengan pekerja dan pokok teh China. Ia didapati bahawa pokok tempatan adalah lebih sesuai untuk cuaca tempatan. Pada 8 May 1838 350 paun teh Assam dihantar ke London, dan dijual di Rumah India "India House", London pada 10 Januari 1839. Peminum teh begitu kagum dengan teh tersebut, dan industri teh di Assam bermula. Charles Bruce dan yang lain, termasuk Maniram Dewan, mula membersihkan hutan dan mendirikan ladang teh.

Pada 26 Februari 1858 Maniram Dewan, peladang teh tempatan tunggal, digantung atas tuduhan terbabit dan terlibat dengan Pemberontakan Sepoy pada tahun 1857 menentang British berasaskan surat yang dipintas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]