Pokok Terung Telunjuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Terung Telunjuk
Pokok Terung Telunjuk.
Pengkelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Division:
Kelas:
Order:
Famili: Solanaceae
Genus: Solanum
Spesies

Solanum spp.
Ref:


Terung Telunjuk ini merupakan sejenis terung yang sering dicelur untuk dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan. Ia juga sering dimakan sebagai ubat.

Pokok terung Telunjuk ini mudah hidup dan tidak diserang penyakit akar dan berbuah sepanjang masa. Kandungan khasiat terung agak sederhana. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 91.2 g, protein 1.7 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 5.6 g, serat 1.0 g, kalsium 25 miligram (mg), fosforus 20 mg, ferum 0.6 mg, karotena 90 ug, vitamin A 15 ug, vitamin B1 0.07 mg, vitamin B2 0.05 mg, niasin 0.7 mg dan vitamin C 18.4 mg.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cara mudah untuk menanam terung telunjuk.[1]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pokok terung Telunjuk mudah membiak melalui penyemaian biji benih. Biji benih terung Telunjuk juga boleh diambil daripada buah yang cukup masak dan dikeringkan di tempat teduh. Biji benih perlu disemai sebelum anak pokok dialihkan ke tanah atau ke dalam pasu besar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Cara mudah tanam terung telunjuk. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.