Pokok Tongkat Ali

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Pokok Tongkat Ali

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Sapindales
Famili: Simaroubaceae
Genus: Eurycoma
Spesies: E. longifolia
Nama binomial
Eurycoma longifolia
L.

Pokok Tongkat Ali atau juga dikenali sebagai Pasak Bumi adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya Eurycoma longifolia.

Tongkat Ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan yang membantu mereka yang menghadapi masalah syahwat.

Pokok Tongkat Ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang, kalau bercabang pun terlalu sedikit iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang, yang keluar dari pangkal daun.

  • Nama biasa (Malaysia): Tongkat ali
  • Nama biasa (Indonesia): Pasak bumi
  • Nama saintifik: Eurycoma longifolia Jack
  • Famili: Simaroubaceae
Minuman tongkat Ali
Minuman tongkat Ali

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi