Pokok Tunjuk Langit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Tunjuk Langit
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Pteridophyta
Kelas: Psilotopsida
Order: Ophioglossales
Famili: Ophioglossaceae
Genus: Helminthostachys
Spesies: H. zeylanica
Nama binomial
Helminthostachys zeylanica
(L.) Hook.

Pokok Tunjuk Langit merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. Nama botaninya Helminthostachys zeylanica. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Helminthostachys.

Pokok Tunjuk Langit ("Helminthostachys zeylanica") merupakan sejenis pokok renek jenis resam. Tumbuhan ini menjalar dengan batangnya mempunyai diameter sehingga 1 cm, dan berwarna perang, lembut serta lurus. Manakala daunnya tersusun spiral dan berpelepah. Mempunyai tangkai spora yang panjang seperti benang dipintal, menunding ke langit dan mengeluarkan spora berwarna coklat susu.

Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.

Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]