Pokok Turi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Turi
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Subkeluarga: Faboideae
Tribus: Robinieae
Genus: Sesbania
Spesies: S. grandiflora
Nama binomial
Sesbania grandiflora
(L.) Poiret

Turi atau geti (Sesbania grandiflora syn. Aeschynomene grandiflora) adalah sejenis sayur tradisional. Pokok bersaiz kecil ini berasal dari Asia Tenggara dan tumbuh di kawasan yang panas dan lembap.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pucuk atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis. Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.[1]

Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin C. Dalam tiap-tiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 77.2 g, protein 8.4 g, lemak 1.1 g, karbohidrat 9.7 g, serat 1.8 g, kalsium 181 miligram (mg), fosforus 29 mg, besi 0.3 mg, natrium 23 mg, kalium 356 mg, karotena 5022 ug vitamin A 837 ug, vitamin B1 0.06 mg, B2 0.71, niasin 2.4 mg, vitamin C 114 mg.[1]


Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Kenali ulam: Geti, ulam raja ubati batuk, bersih darah, Berita Harian.