Pokok cekur manis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok cekur manis
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Keluarga: Phyllanthaceae
Tribus: Phyllantheae
Subtribe: Flueggeinae
Genus: Sauropus
Spesies: S. androgynus
Nama binomial
Sauropus androgynus

Cekur manis merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia juga dikenali sebagai mani cai (马尼菜) dalam bahasa Cina, dan bahasa Vietnam sebagai rau ngót. Daun cekur manis selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Daun cekur manis juga sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana banyak didapati dan sedap. Pucuknya juga dimakan sebagai sayuran. Di Vietnam, ia dimasak sebagai sup bersama ketam, atau udang kering. Pucuk muda cekur manis boleh direbus dan dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah lain sebagai ulam. Rasanya manis dan berangin.

Ia merupakan sumber vitamin K yang baik. Bagaimanapun, satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan berlebihan air cekur manis (akibat kepopularannya di Taiwan bagi mengawal berat badan pada pertengahan '90-an) mampu menyebabkan kerosakan paru-paru, akibat kepekatan tinggi alkaloid papaverine.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan renek saka ini boleh tumbuh setinggi 8 m jika tidak dicantas. Batang separa berkayu, tidak banyak percabangan jika tidak dicantas, berwarna hijau tua ketika muda, bertukar keperangan setelah matang. Daun tunggal, susunan berselang-seli, berbentuk bujur, hujung tirus, hijau tua di permukaan atas manakala hijau muda di permukaan bawah, tepi rata. Bunga tunggal, kecil, berbentuk bulat, hijau keputihan ketika muda dan bertukar merah jambu ketika tua, keluar dari celah ketiak daun di balik daun. Buah kapsul, bulat, berlekuk enam, sederhana besar, hijau muda ketika muda, bertukar putih keunguan setelah masak, merekah kepada tiga pangsa apabila telah tua bagi melepaskan biji-biji, terdapat di sebalik daun.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Cekur manis merupakan salah satu daripada beberapa tumbuhan yang memiliki vitamin K. [perlu rujukan]

Daun pokok cekur manis adalah popular sebagai sayuran di Malaysia. Pokok cekur manis ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas. Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.

Daun pokok cekur manis, terutamanya daun segar mengandungi banyak provitamin A karetinoid, terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar. Selain itu ia juga kaya dengan kandungan vitamin B, C protein dan galian. Kandungan zatnya semakin tinggi dalam daun yang matang. [2]

Ia dikatakan boleh merawat panas badan, tekanan darah rendah, wanita yang baru bersalin, pengeluaran susu ibu yang kurang, sistem pembuangan air kecil bermasalah, pening-pening, penyakit jantung dan saluran darah (kardiovaskular).[perlu rujukan]

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Pokok cekur manis membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu. Ia boleh tumbuh subur di kawasan bercahaya matahari penuh ataupun di kawasan naungan yang redup. Selain itu, ia juga mampu bertahan terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat), selain mampu dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat.

Perosak[sunting | sunting sumber]

Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]