Police Reporting System

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Police Reporting System (RPS) dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2006.Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon. Sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam Fasa 4.

Pada 13 April 2010, di Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan bahawa siasatan dalaman PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.

Fasa 1 dan Fasa 2 dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .Fasa 3 dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS. 70 % saham Asiasoft (M) Sdn Bhd milik rakyat Malaysia dan 30 % dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga Malaysia dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd.

Namun selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. 49 % saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki oleh Toh Kian Hong seorang rakyat Singapura.Baki 51 % saham dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.

RPS Fasa 3 siap pada Oktober 2006. Penstrukturan selepas Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS.

Selepas siasatan PDRM, perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Disember 2008. [1]


Sila lihat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]