Polis Pelancong Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Unit Polis Pelancong
Badge Polis Pelancong.jpg
Lencana unit Polis Pelancong
Aktif 1985 - kini
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Cawangan Polis Diraja Malaysia
Peranan Penguatkuasa undang-undang
Keanggotaan Sulit
Markas/Ibu pejabat Ibu Pejabat Polis Utama Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan Kontinjen Polis Negeri
Ulang tahun 25 Mac (Ulangtahun Hari Polis),
31 Ogos (Hari Kemerdekaan Malaysia)
Komander
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Haji Hassan


Polis Pelancong ialah polis yang memberikan maklumat mengenai undang-undang, adat dan budaya masyarakat tempatan serta tempat-tempat yang menarik untuk dikunjung kepada para pelancong. Pakaian Polis Pelancong ialah seragam biru tua dengan topi lilitan berpetak putih. Lencana yang dipakai oleh mereka pada poket sebelah kiri pula tertulis lambang "i" yang merupakan kod antarabangsa yang bermaksud "informasi".

Unit Polis Pelancong di Malaysia telah ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diketuai oleh seorang komandan yang berpangkat Penolong Penguasa Polis. Selain daripada tugas di atas, Polis Pelancong juga membantu mencegah jenayah.

Di Kuala Lumpur, terdapat empat pasukan yang melakukan rondaan setiap hari untuk mencegah sebarang kejadian jenayah di kalangan para pelancong dan masyarakat tempatan. Empat pasukan peronda itu ialah:

  • peronda berjalan kaki;
  • peronda bermotosikal;
  • pasukan kereta peronda; dan
  • pasukan kereta peronda wanita.

Pada tahun 2005, polis negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menubuhkan "Unit Polis Pelancong Berkuda" bagi mengawal keselamatan dan membantu pelancong yang melawat negeri ini.

Cogan kata polis ialah "Mesra, Cepat dan Betul". Oleh itu, pihak Polis Pelancong sentiasa berhubung rapat dengan agensi pelancongan, hotel, syarikat penerbangan, bas dan teksi untuk memberikan apa-apa sahaja maklumat yang diperlukan oleh pelancong.