Politeknik Kota, Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Politeknik Kota, Melaka (PKM) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999 dengan menumpang bangunan Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka selama 4 bulan. Pada bulan April 1999 PKM telah berpindah ke kampus kekalnya di Balai Panjang, Melaka.

Bangunan PKM terdiri daripada 13 unit rumah kedai yang telah dibeli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah diubahsuai sepenuhnya, lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh sebuah institut pengajian tinggi.

PKM merupakan politeknik ke-11 yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk permulaannya, PKM hanya mengendalikan 4 kursus (Sijil Kejuruteraan Awam, Sijil Kejuruteraan Mekanikal, Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Sijil Pengajian Perniagaan) dan menerima kumpulan pelajarnya yang pertama seramai 197 orang pada bulan Julai 1999. Pada sesi Januari 2004, satu kursus baru telah diperkenalkan iaitu Sijil Penyimpanan Kira (SPK). Mulai Julai 2007 kursus diploma telah ditawarkan di Politeknik Kota, Melaka.

Pada masa kini Politeknik Kota, Melaka adalah dibawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selepas 2004.

Pengarah:

  • Sulong bin Yahaya - 1999 hingga 2003.
  • Dr Arshad bin Kassim - 2003 hingga sekarang.

[sunting] Alamat

Politeknik Kota, Melaka,
No. 2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim,
75250 Melaka
Tel: 06-3376000 atau 06-3376001
Faks: 06-3376007

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan