Politeknik Kota Kinabalu
| Pengarah terkini | Tn Hj Wan Mohamad Nasir bin Wan Abdul Rahman |
|---|---|
| Timbalan Pengarah (Akademik) | Pn Hajjah Norehan bt Md Shariff |
| Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | En Samat bin Soion@Saiun |
| Lokasi | Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah |
| Laman web | http://www.polimas.edu.my |
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merupakan sebuah politeknik yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Kampus Politeknik Kota Kinabalu (PKK) terletak di Kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Jalan Politeknik. Politeknik Kota Kinabalu ini merupakan politeknik yang ketujuh di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Politeknik Kota Kinabalu menawarkan kursus diperingkat Sijil (2 Tahun) dan Diploma (3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Politeknik Kota Kinabalu telah mula beroperasi sejak 1 Mac 1996. Bermula dengan kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas dan kemudiannya berpindah ke Lot Komersial Inanam. Pengambilan sulung pelajar PKK Sabah bermula pada sesi 1996/97 yang dilaksanakan pada bulan Jun 1996 di mana seramai 83 orang pelajar memulakan pengajian mereka. Kampus tetap Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah siap dibina pada tahun 2003, terletak di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) di Jalan Politeknik.
Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik Kota Kinabalu ialah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Hospitaliti. 2 jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.
Selain dari jabatan akademik PKK turut mengandungi Bahagian Pentadbiran, Unit Hal-Hal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Multimedia dan Sumber, Unit Pembangunan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri dan Unit ICT
Visi [sunting]
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang teknikal dan vokasional melalui pendidikan serta latihan transformasional bagi melahirkan modal insan inovatif. Dalam pada masa yang sama, politeknik juga memgambil langkah proaktive untuk menyunting semangat pelajar supaya terus berusaha dalam memertabatkan nama dan juga lambang politeknik kota kinabalu.
Misi [sunting]
Membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana modal insan berkebolehpasaran.