Politeknik Port Dickson
| Moto | Together Towards Excellence |
|---|---|
| Ditubuhkan pada | 1990 |
| Pengarah terkini | Mejar (K) Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim |
| Timbalan Pengarah (Akademik) | En. Charim b Ibrahim |
| Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | En. Ishak b Sarip |
| Lokasi | Port Dickson, Negeri Sembilan |
| Laman web | http://www.polipd.edu.my |
Politeknik Port Dickson ialah sebuah politeknik yang terletak kira-kira 14 kilometer dari pekan Port Dickson dan lebih kurang 120 km dari Kuala Lumpur, Malaysia.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan keluasan 100 ekar. Ia merupakan politeknik keenam dibina bawah Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaannya dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan dapat menempatkan lebih kurang 1,200 pelajar sepenuh masa. Bermula dengan pengambilan seramai 120 orang pelajar pada tahun 1990, kemasukan telah meningkat kepada 3156 pelajar dalam pelbagai bidang.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-7, politeknik ini telah diberi dana berjumlah RM55 juta untuk menaiktaraf kemudahan dan bangunannya. Politeknik ini telah membangun dengan jayanya menjelang penghujung tahun 2005. Setelah 15 tahun penubuhan, Politeknik Port Dickson telah menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka di negara ini. Sehingga kini Politeknik Port Dickson telah melahirkan 9682 graduan untuk memasuki pelbagai sektor pekerjaan di negara ini.
Terdapat 6 jabatan akademik di Politeknik Port Dickson iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains dan Komputer serta Jabatan Pengajian Am. Selain itu terdapat 11 kursus diploma dan 5 kursus sijil yang ditawarkan di Politeknik Port Dickson.
[sunting] Visi
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global.
[sunting] Misi
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.
[sunting] Motto
Together Towards Excellence