Politik Hungary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bangunan Parlimen Hungary di Budapest.

Presiden Republik Hungary yang dipilih oleh Parlimen setiap lima tahun, berperanan lebih kepada keupacaraaan, seperti memilih tarikh pilihan raya parlimen.

Perdana Menteri dipilih oleh Parlimen dan hanya boleh dilucutkan jawatan jika penggantinya dipilih serentak (undian tidak percaya yang membina). Perdana Menteri ini memilih menteri-menteri Kabinet serta memegang hak eksklusif untuk melucutkan jawatan mereka. Setiap calon Kabinet tampil ke hadapan sebuah atau lebih jawatankuasa parlimen dalam perbicaraan terbuka dan hendaklah menerima perestuan rasmi daripada Presiden.

Sebuah Dewan Undangan (Országgyűlés) yang tunggal 386 ahli merupakan alatan kekuasaan negeri yang tertinggi dan melaksanakan dan meluluskan perundangan yang ditaja oleh Perdana Menteri. Pilihan raya parlimen kebangsaan diadakan setiap empat tahun; pilihan setersunay bakal diadakan pada tahun 2010.

Sebuah Mahkamah Perlembagaan 11 ahli berkuasa untuk mencabar perundangan atas dasar berlawanan dengan perlembagaan.