Politik Republik Rakyat China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat pada tahun 1949

Mengikut takrifan rasminya, Republik Rakyat China (RRC) merupakan suatu negara komunis kerana ia memang merupakan negara komunis pada kebanyakan abad ke-20 yang lalu. Secara rasminya ia masih dikenali sebagai negara komunis, meskipun sebilangan ahli sains politik kini tidak menakrifnya sebagai negara komunis. Tiada takrifan yang tepat yang dapat diberikan kepada jenis kerajaan yang diamalkan negara ini, kerana strukturnya tidak dikenal pasti. Satu sebab masalah ini wujud adalah kerana sejarahnya, China merupakan negara yang diperintah oleh maharaja selama 2000 tahun dengan subuah kerajaan pusat yang kuat dengan pengaruh Kongfuzi. Selepas tahun 1911 pula, China diperintah secara autokratik oleh KMT dan beberapa panglima perang dan selepas 1949 pula diterajui parti komunis CPP.

Rejim RRC sering dikatakan sebagai autokratik, komunis dan sosialis. Ia juga dilihat sebagai kerajaan komunis. Ahli komunis yang bersayap lebih ke kiri mengelarkan ia negara kapitalis. Memang, negara China semakin lama semakin menuju ke arah sistem ekonomi bebas. Dalam satu dokumen rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini, kerajaan megariskan pentadbiran negara berasaskan demokrasi, meskipun keadaan sebenarnya di China tidak begitu.

Kerajaan RRC dikawal oleh Parti Komunis China (CCP). Walaupun terdapat sedikit-sebanyak pergerakan ke arah liberalisasi, seperti pilihan raya yang sekarang diadakan di peringkat kampung dan sesetengah badan perwakilan menampakkan sikap assertif mereka dari masa ke semasa, parti CCP terus memiliki kawalan terutama ke atas pemilihan jawatan-jawatan kerajaan. Walaupun negara menggunakan cara autokratik untuk mengusir elemen-elemen penentangan terhadap pemerintahannya, ia pada masa yang sama juga cuba menggurangkan penentangan dengan memajukan ekonomi, membenarkan tunjuk perasaan peribadi, dan melayan para penentang yang dianggap tidak berbahaya terhadap pemerintah secara lebih adil.

Penapisan terhadap dakyah-dakyah politik juga rutin, dan CCP secara berang menghampuskan sebarang protes atau organisasi yang ia menganggap sebagai berbahaya terhadap pemerintahannya, seperti yang terjadi di Tian'anmen pada tahun 1989. Akan tetapi, media republik rakyat ini semakin aktif menyiarkan masalah sosial dan menghebohkan gejala 'rasuah' di peringkat bawahan kerajaan. CCP juga tidak berapa berjaya menghalang pegerakan maklumat, dan ada masanya mereka terpaksa menukar polisi mereka sebagai tindakan balas terhadap protes rakyat. Walaupun penentangan berstruktur terhadap CCP tidak dibenarkan sama sekali, demonstrasi rakyat semakin lama semakin kerap dan dibiarkan. Baru-baru ini, Hu Jintao yang ingin mempopularkan imej konservatif, meningkatkan pengawalan kerajaan keatas pemberita-pemberita akhbar, termasuk akhbar-akhbar luar termasuk peberita New York Times. Namun tidak dinafikan ini kemungkinan juga berpunca daripada sifat pemberita-pemberita Barat yang sering menyeleweng daripada memberi laporan yang sebenar dan bersifat angkuh dan biadap serta tidak faham sensitiviti negara Timur.

Kepopulariti CCP di kalangan rakyat sukar dijangkakan, kerana tiada pilihan raya di peringkat nasional, dan apabila orang China ditanya secara sendirinya pula, ada sesetengahnya menyokong dan ada pula yang membangkang. Secara amnya, ramai rakyat China suka akan peranan kerajaan mengekalkan stabiliti, yang membenarkan ekonomi maju tampa sebarang masalah. Antara masalah-masalah politik yang utama di China adalah jurang sosial diantara kaya dan miskin dan gejala rasuah yang berlaku kerana biokrasi kerajaan.

Terdapat juga parti politik yang lain di dalam RRC, walaupun mereka hanya sekadar sub-parti atau parti yang rapat dengan CCP. CCP mengadakan dialog dengan mereka melalui suatu badan perhubungan khas, yang dinamai Badan Perhubungan Cadangan Rakyat China (CPPCC) yang diterajui CCP. Cara ini lebih disukai kerajaan berbanding pilihan raya. Kendatipun begitu, parti-parti ini secara totalnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap polisi dan dasar-dasar kerajaan. Fungsi badan perhubungan khas ini lebih kepada mata luaran CPP, walaupun terdapat pengawai badan ini di semua peringkat kerajaan.

Isu hak asasi manusia[sunting | sunting sumber]

Kerajaan RRC berpendapat bahawa hak asasi manusia sepatutnya merangkumi kepuasan hidup dan kemajuan ekonomi. Dengan kata-kata berlainan, apabila mengaji dirinya, ia melihat kemajuan ekonomi dan kepuasan hidup rakyatnya sebagai meningkatkan situasi hak asasi manusianya, dan apabila melihat situasi di negara-negara maju ia seringkali menotakan terdapat kadar jenayah dan kemiskinan yang tinggi di tempat-tempat yang dikatakan mempunyai penghormatan terhadap hak asasi manusia yang tinggi. Amalan melihat hak asasi manusia sebegini rupa diamalkan di kebanyakan negara timur yang lain, termasuk Malaysia.

Tetapi kerajaan Barat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mereka mengatakan bahawa penahanan secara suka-suka dan menafikan hak tahanan untuk berkomunikasi dengan pihak luar, disamping pengakuan yang dipaksa, penyeksaan, dan pencabulan hak banduan-banduan disamping menyekat kebebasan akhbar, bersuara, berkumpul, agama, privasi, dan hak pekerja adalah melanggar definasi hak asasi manusia mereka. Mereka mendakwa masalahan ini kesemuanya berpuncakan kengganan kerajaan RRC memberikan hak menentang dan ketidaksempurnaan sistem kehakiman dalam melindungi hak asasi politik individu.

Isu etnik[sunting | sunting sumber]

RRC mendakwa ia merupakan satu negara yang berbilang bangsa dan kaum dan memberikan hak autonomi di Kawasan Pentadbiran Minoriti kapada etnik bangsa minoritinya. Ia juga mengutuk secara rasmi chuvanis Han dan memberikan hak istimewa kepada kaum-kaum lain untuk memasuki kolej dan institusi pendidikan tinggi disamping berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Akan tetapi ia berhadapan dengan gerakan merdeka di provinsi Xizang (Tibet) dan provinsi Xinjiang. Gerakan-gerakan ini dan pemerhati luar mengkritik dasar-dasar etniknya yang mengamalkan sistem memberikan wang menggalakan bangsa China Han berpindah ke kawasan-kawasan berkenaan sebagai chuvanis dan penjajahan dan menyekat sebarang gerakan merdeka daripada berjaya. Bangsa China Han juga mengkritik dasar-dasar menberikan hak istimewa kepada etnik minoriti lain sebagai layanan kelas kedua terhadap mereka.