Politik di Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Iklim politik di Sarawak pada masa ini stabil, kuat harmoni, buktinya adalah kerjasama dan kefahaman yang erat di kalangan pemimpin parti komponen kerajaan Sarawak.

Hubungan lama dan mesra antara berbagai-bagai kelompok etnik Sarawak telah menjadi suatu unsur penting dalam memastikan kestabilan politik di negara ini yang mempunyai berbagai-bagai kaum. Walaupun terdapat gangguan dalaman dan pergaduhan antara parti-parti komponen Barisan Nasional yang tidak boleh dinafikan, kesemua ini dapat diatasi oleh para individu dan parti berkait tanpa menjejaskan kekuatan dan kestabilan parti gabungan.

Dalam Pilihan Raya Negeri pada tahun 1991, BN memenangi kesemua 56 kerusi yang ditandingi, dengan 57 daripada 62 kerusi dimenangi pada tahun 1996 serta 61 daripada 62 kerusi pada tahun 2001. Untuk kerusi-kerusi Parlimen pula, BN Sarawak memenangi kesemua 28 kerusi yang ditandingi pada tahun 1995 dan tahun 1999. Pilihan raya umum pada tahun 1999 memperlihatkan BN Sarawak memenangi 27 daripada 28 kerusi. BN Sarawak akan bertanding di dalam 71 buah kawasan pilihan raya negeri untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2006.

Terdapat sembilan buah kawasan pilihan raya yang baru, iaitu Opar dan Kota Sentosa (Divisyen Kuching); Lingga (Sri Aman); Balai Ringin (Serian); Bukit Saban (Betong); Daro (Mukah); Bekenu dan Pujut (Miri); serta Batu Danau (Limbang). Empat buah kawasan pilihan raya telah dinamai semula, iaitu Serdeng yang kini dikenali sebagai Semop; Matu Daro (Jemoreng); Limbang (Bukit Batu); dan Lawas (Bukit Sari). Tiga buah kawasan pilihan raya parlimen juga dicipta, iaitu Igan, Sibuti. dan Limbang.

Antara 71 buah kerusi negeri, Majlis Agung BN Sarawak telah memutuskan pembahagian seperti yang berikut:

Kesemua 71 kerusi dijangka akan ditandingi, dengan parti-parti pembangkang, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), dan Kongres Dayak Malaysia (MDC), menunjukkan bahawa mereka akan bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang strategik.

Pilihan-pilihan Raya Negeri Sarawak sering memperlihatkan pertandingan berbilang parti, dengan calon-calon bebas juga menyertainya – kekadang sehingga enam orang pesaing untuk satu kerusi. Arah aliran ini dijangka akan diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri 2006.

Jumlah pengundi di Sarawak, menurut Warta Kerajaan pada 16 Mac 2006, ialah 892,537 orang, satu kenaikan sebanyak 9.2% daripada 817,460 orang pengundi pada tahun 1996.


Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak[sunting | sunting sumber]

Berikut senarai ADUN Negeri Sarawak, Malaysia yang dimenangi dalam pilihan raya 2001.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

1.Pilihan Raya Negeri Sarawak

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

1.Pilihanraya Negeri Sarawak 2001