Pollyanna (filem 1960)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pollyanna
Fail:PollyannaDVD.jpg
DVD cover, released under the "Vault Disney" collection
PengarahDavid Swift
PenulisNovel:
Eleanor Porter
Lakon Layar:
David Swift
Dihasilkan olehWalt Disney (tidak dinyatakan)
Penerbit Bersekutu:
George Golitzen
DibintangiHayley Mills
Jane Wyman
Karl Malden
Richard Egan
Adolphe Menjou
Agnes Moorehead
SinematografiRussell Harlan
Disunting olehFrank Gross
Muzik olehPaul Smith
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehBuena Vista Distribution
Tarikh tayangan
19 Mei 1960 (1960-05-19)
Masa tayangan
134 minit
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris

Pollyanna (1960) ialah sebuah filem terbitan Walt Disney Productions yang dibintangi pelakon kanak-kanak Hayley Mills, Jane Wyman, Karl Malden dan Richard Egan dalam satu kisah mengenai seorang anak yatim yang periang yang mengubah pandangan seluruh bandar. Filem adaptasi dari Pollyanna (1913) oleh Eleanor Porter ini ditulis dan diarah oleh David Swift. Filem ini merupakan yang pertama daripada enam filem Disney yang melibatkan Mills dan juga memenangkannya Anugerah Juvenil Akademi.

Plot and cast[sunting | sunting sumber]

Pollyanna ialah seorang anak yatim yang tinggal di pekan Harrington untuk tinggal bersama ibu saudaranya yang kaya-raya, Polly Harrington. Pollyanna ialah seorang gadis periang yang mementingkan kebaikan hidup, oleh itu dia dapa berkawan dengan ramai orang di pekan itu termasuk Puan Snow yang menghidap hipokondria dan Encik Pendergast yang penyendiri dan mulut pedas.

Seluruh pekan dikuasai oleh kekayaan Polly. Apabila segelintir warga Harrington menuntut perobohan dan pembinaan semula sebuah rumah anak yatim yang usang, Polly membangkang pula. Pihak-pihak itu mengingkari Polly dengan merancang sebuah karnival untuk mengumpul dana untuk membina bangunan baru, tetapi oleh sebab Polly menguasai seluruh pekan, ramai warga pekan keberatan untuk memberikan sokongan. Polly berasa marah dengan kelancangan mereka dan melarang Pollyanna daripada mengambil bahagian. Sekumpulan warga pekan yang dipimpin oleh Dr. Edmond Chilton cuba memujuk paderi pekan, Reverend Ford untuk menyuarakan sokongannya kepada karnival tersebut dengan mengingatkannya bahawa "gereja bukan milik sesiapa." Reverend Ford teringat akan kebenaran kenyataan itu ketika berbual dengan Pollyanna yang menyampaikan pesanan darit Polly dengan cadangan tentang isi kandungan khutbahnya. Pada hari Ahad kemudian di gereja, Reverend Ford menyuarakan sokongannya kepada karnival itu dan menggalakkan orang ramai untuk menghadirinya tanpa menghiraukan tegahan Polly. Pada malam karnival, Pollyanna dipujuk keluar dari rumah oleh rakan sepermaiannya, Jimmy Bean, yang mengingatkan Pollyanna bahawa dia akan memimpin lagu "America, the Beautiful" di acara kemuncak karnival. Dengan rasa ragu-ragu, Pollyanna terus pergi berseronok di karnival itu.

Dalam perjalanan ke rumah, Pollyanna mengelakkan diri daripada dijumpai oleh ibu saudaranya dengan memanjat pokok ke dalam bilik tidurnya di aras loteng. Bagaimanapun, dia terjatuh lalu cedera parah dan lumpuh kedua-dua kakinya. Pollyanna hilang semangat akibat kemalangan itu sehingga sukar untuk sembuh. Apabila berita kemalangan Pollyanna tersebar, para warga pekan berkumpul beramai-ramai di rumah Polly untuk menyampaikan kasih sayang kepada Pollyanna. Lambat-laun, Pollyanna kembali kepada semangat ceria yang sediakala. Dia meninggalkan Harrington bersama ibu saudaranya untuk menjalani pembedahan di Baltimore dengan harapan agar kakinya sembuh.

Filem ini diselitkan dengan beberapa subplot, termasuk kepulangan bekas kekasih Polly, Dr. Edmond Chilton; cubaan Reverend Ford mencabar perintah Polly; dan perkahwinan suri rumah Polly (Nancy Olson) dengan kekasihnya (James Drury).

Pelakon[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]