Pondok wakaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pondok wakaf yang telah dialihkan ke Muzium Negara.

Pondok wakaf merupakan sebuah bangunan beratap tanpa dinding yang dibina bagi kegunaan para pengembara untuk beristirehat. Pada masa dahulu ia banyak dibina sebagai satu cara bagi seseorang membuat amal dengan membina pondok-pondok wakaf bagi kegunaan umum.

Ia banyak terdapat di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Malah ia juga sering dijadikan nama tempat atau kampung.