Populasi (statistik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam statistik, populasi merupakan sekumpulan data yang mempunyai perwatakan yang sama dan menjadi objek inferens,

Statistik inferens meletakkan diri pada dua konsep dasar, populasi sebagai keseluruhan data, baik nyata mahupun khayalan, dan sampel, sebagai sebahagian daripada populasi yang digunakan untuk melakukan inferens (pendekatan/penggambaran) terhadap populasi tempatnya asalnya. Sampel dianggap mewakili populasi. Sampel yang diambil daripada populasi satu tidak dapat digunakan untuk mewakili populasi yang lain.

Suatu bancian dilakukan untuk mendapatkan perwatakan populasi secara nyata. Perwatakan yang dimiliki oleh populasi dinamakan parameter. Bagi suatu perwatakan yang dimiliki sampel (disebut statistik), nilai parameter adalah nilai harapannya (expected value).