Pornografi ekstrim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seks dan undang-undang
Isu Sosial
Hak · Etika
Pornografi · Penapisan
Misegenasi (hubungan antara kaum)
Perkahwinan sama jantina · Homofobia
Daerah lampu merah
Cukup umur · Esensialisme
Objektifikasi · Antiseksualisme
Keganasan · Pengabdian
Kemoralan awam · Norma
Kesalahan tertentu
Mungkin berbeza antara bidang kuasa
Zina · Inses
Seksting · Godaan nafsu
Persetubuhan melencong
Sodomi · Liwat
Keseksualan haiwan
Berkhatan · Pemotongan genital perempuan
Ancaman seks · Kelucahan awam
Pornografi melampau · Pornografi kanak-kanak
Serangan seks · Rogol · Rogol statutori
Penganiayaan seks (Kanak-kanak)
Pelatihan kanak-kanak  · Pelacuran kanak-kanak
Pelacuran dan Pengalkuan
Portal: Keseksualan ·
Undang-undang · Keadilan jenayah

"Pornografi ekstrim" ialah istilah yang diperkenalkan oleh Kerajaan United Kingdom dalam Bahagian 5, Seksyen 63, Akta Keadilan Jenayah dan Imigresen 2008 [1] yang menjadikan sebarang pemilikan gambar pornografi sebagai kesalahan jenayah di United Kingdom mulai dari 26 Januari 2009.[2][3] Akta itu mentakrifkan "pornografi" sebagai gambar yang:

  • "mempunyai sifat yang dapat dianggap dengan munasabah sebagai dihasilkan semata-mata atau terutamanya untuk tujuan membangkitkan nafsu berahi";
  • "terlalu menyakitkan hati", "menimbulkan rasa meluat", atau bersifat lucah";
  • menggambarkan mana-mana satu yang berikut:

dengan mana-mana orang waras yang melihat gambar itu akan berfikir bahawa mana-mana satu manusia atau haiwan yang digambarkan adalah manusia atau haiwan yang benar.

Takrif istilah "pornografi" ini merangkumi persembahan pentas, baik peserta bersetuju untuk menyertai persembahan tersebut mahupun tidak.[4][5] Bagaimanapun, karya berkelas dikecualikan tetapi petikan daripada karya berkelas, jika gambar itu dipetik semata-mata untuk membangkitkan nafsu berahi, tidak dikecualikan. Adakah sesuatu gambar "bersifat pornografi" atau tidak tertakluk kepada budi bicara majistret atau juri untuk menentukannya dengan hanya melihat gambar tersebut; ia bukan satu persoalan yang berkenaan dengan niat mereka yang menghasilkan gambar itu. [6] Jika gambar itu dimiliki oleh seseorang sebagai sebahagian siri gambar yang lebih besar, persoalan adakah gambar itu bersifat pornografi juga ditentukan daripada konteks yang gambar itu terkandung. Justera, sesebuah gambar mungkin sah di sisi undang-undang dalam sesetengah konteks, tetapi menyalahi undang-undang dalam konteks yang lain. Kecederaan parah tidak ditakrifkan oleh akta itu, namun ia bergantung kepada budi bicara majistret atau juri.[6] Rang undang-undang itu juga membekalkan sebilangan perbuatan yang merangkumi penggambaran: [7]

  • penggantungan;
  • lemas;
  • serangan seks yang melibatkan ancaman senjata;
  • pemasukan barang yang tajam ke dalam genital; dan
  • pencacatan payudara atau genital.

Takrif "lucah" tidak sama dengan takrif yang diberikan oleh Akta Terbitan Lucah yang memerlukan sesuatu gambar bersifat "tidak berakhlak dan merosakkan akhlak" kepada mereka yang mungkin melihatnya; sebaliknya, takrif ini merupakan takrif kamus yang biasa untuk perkataan "lucah", dengan "terlalu menyakitkan hati" dan "menimbulkan rasa meluat" diberikan sebagai contoh.[6]

Terdapat pertahanan untuk defendan jika dia dapat membuktikan bahawa dia menyertai perlakuan itu secara langsung dan mempunyai persetujuan daripada para penyerta, tetapi hanya jika persetujuan tersebut adalah persetujuan yang sah di sisi undang-undang di United Kingdom, misalnya persetujuan daripada orang yang cukup umur. Bagaimanapun, pertahanan tersebut tidak dapat digunakan oleh jurugambar dan "penonton" yang lain yang tidak merupakan peserta langsung.[6]

Jika kesalahan melibatkan syarat (a) atau (b) di atas, hukumannya yang paling berat ialah pemenjaraan selama 3 tahun, manakala yang lain mengenakan pemenjaraan dua tahun. Orang dewasa yang dihukum sekurang-kurangnya dua tahun akan dimasukkan namanya ke dalam Daftar Pesalah Ganas dan Seks.

Sebagai istilah teknik khusus, Akta Keadilah Jenayah dan Imigresen 2008 kelihatan diperkenalkan di England selepas kematian Jane Longhurst pada 2003 yang diakibatkan oleh Graham Coutts yang dihantui oleh gambar pornografi yang dimuat turun daripada laman-laman yang mengkhususkan kandungan tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Criminal Justice and Immigration Act 2008
  2. ^ Ozimek, John (26 November 2008). "Government finally names the day for porn ban". The Register. Dicapai pada 6 December 2008. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)
  3. ^ "New offence of possession of extreme pornographic images". Ministry of Justice. 26 November 2008. Dicapai pada 6 December 2008. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)
  4. ^ The Government consultation Diarkibkan 2006-09-02 di Wayback Machine states "whether or not they notionally or genuinely consent to take part"; and "actual scenes or realistic depictions".
  5. ^ The Explanatory Notes state the Government's opinion that the partipants' consent is not legally valid (see Operation Spanner) and hence not a justification under this new law (803); and states "In the case of images of staged activity , the Government believes that banning possession is justified..." (804).
  6. ^ a b c d "Further information on the new offence of Possession of Extreme Pornographic Images" (PDF). Ministry of Justice. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-05-11. Dicapai pada 6 December 2008. Unknown parameter |curly= ignored (bantuan)
  7. ^ Criminal Justice And Immigration Act 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]