Port selari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam dunia pengkomputeran (computing)], port selari merupakan antara muka daripada sistem komputer di mana data akan dipindahkan masuk atau keluar secara selari melalui satu atau lebih wayar. Setiap wayar bagi port selari mengandungi satu bit oleh itu, pendaraban kadar pemindahan diperolehi menerusi kabel tunggal (berlawanan dengan port bersiri). Terdapat juga beberapa tambahan wayar pada port yang digunakan sebagai kawalan dan status isyarat bagi menunjukkan data telah sedia untuk dihantar atau diterima, mengsetkan butang reset, memaparkan keadaan ralat seperti kertas terkeluar dan sebagainya. Namun begitu, antaramuka USB telah mengantikan port selari di mana kebanyakan pencetak moden pada masa kini telah disambungkan melalui penyambung USB malahan terdapat juga pencetak yang tidak mempunyai penyambung port selari. Bagi kebanyakan komputer pada masa kini mendapati bahawa penggunaan port selari tidak dapat menjimatkan kos dan seterusnya port selari dianggap sebagai port pewaris (legacy port).

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pada kebiasaanya port selari digunakan oleh mikropemproses bagi berhubung dengan perkakasan komputer. Jenis port selari yang paling utama ialah port pada pencetak, contohnya seperti port Centronics yang menghantar 8 bit pada masa yang sama. Cakera turut dihubungkan melalui port selari yang khusus seperti SCSI dan ATA.

Sebelum penyambung USB digunakan secara meluas dalam pasaran barangan komputer, terdapat banyak pemacu cakera bagi sistem Windows menggunakan penyambung yang susah dikendalikan bagi membolehkan perkongsian port selari dengan pencetak. Masalah ini terjadi apabila era pasaran pengguna sistem Windows mempunyai kekurangan bagi mencari persamaan dengan penyambung SCSI dan penyambung yang bersesuaian adalah menggunakan port pencetak tunggal.

Port selari bagi komputer peribadi jenis IBM merupakan port piawai yang membolehkan voltan logik piawai bagi komputer disetkan terus kepada pin. Ini akan memudahkan para jurutera dan pekerja yang kerap melakukan eksperimen dengan menggunakan komputer yang tidak mahal bagi menguruskan sebarang projek. Secara maya, voltan logik piawai adalah tidak merbahaya kerana menggunakan nilai voltan sebanyak 5 Volt dan dibumikan. Dalam erti kata lain, secara umumnya pemacu elektrik bagi port selari memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan kerosakan berlaku terhadap alat tersebut.

Port selari boleh digunakan untuk menyambungkan perkakasan komputer seperti :

  • Pencetak
  • Pengimbas
  • CD burner·
  • Pemacu keras luaran
  • Penyesuai rangkaian (network adapter)
  • Pemacu sokongan pita (tape backup drives)

Penghubung[sunting | sunting sumber]

Penyambung port selari selalunya mempunyai paling kurang 25 pin, kebanyakannya digunakan dan menyebabkan saiz kabel menjadi tebal. Kabel ini mempunyai panjang yang dihadkan di antara 3-8 meter, bergantung kepada port yang tertentu dan ciri-ciri kabel. Walaupun beberapa piawaian bagi port selari telah diwujudkan pada hari ini, ia tidak semestinya (terutamanya bagi peranti yang lama), yang kadang-kadang membuatkan pencarian bagi kabel dan perisian pemacu yang sesuai sukar dilakukan.

Satu port selari yang biasa terdapat pada belakang komputer dan mempunyai 4 jenis pin iaitu:

  • Pin data, biasanya 8 dan kadangkala 16.Ada juga bersama dengan pin bit pariti tambahan. Boleh jadi dalam satu arah atau banyak arah.
  • Pin kawalan, digunakan untuk menghantar isyarat kawalan seperti STROBE dan R/W.
  • Pin status, digunakan untuk menghantar isyarat status seperti BUSY dan ACK untuk memberi isyarat penerimaan bahawa simbol telah berjaya diterima.
  • Pin bumi, untuk melengkapkan litar daripada pin-pin lain.

Baru-baru ini, port USB telah berkembang luas dan mula mengantikan port selari kerana USB menjadikan ia mudah untuk menambah lebih daripada satu peranti (contohnya seperti pencetak) kepada komputer.

Di antara contoh-contoh port selari ialah :

  • IEEE 1284 merupakan piawai IEEE bagi port komputer peribadi yang biasa.
  • 8255 adalah untuk mikropemproses Intel
  • Z80PIO adalah untuk mikropemproses Zilog

Kegunaan setiap pin apabila digunakan bersama dengan pencetak:

  • Pin 1 – membawa isyarat strobe.Ia kekal pada paras antara 2.8 dan 5 V, tetapi kejatuhan volyan di bawah 0.5 V apabila komputer menghantar satu bait data. Kejatuhan ini akan memberitahu pencetak bahawa data sedang dihantar.
  • Pin 2 sehingga pin 9 – digunakan untuk membawa data. Ia menunjukkan bahawa satu bit dengan nilai 1 membawa maksud satu cas 5 V telah dihantar melalui pin yang betul. Nilai 0 menunjukkan tiada cas pada pin.
  • Pin 10 – untuk menghantar isyarat penerimaan daripada pencetak kepada komputer. Seperti pin 1, ia juga mengekalkan cas dan kejatuhan voltan di bawah 0.5 V bertujuan untuk memberitahu komputer bahawa data tersebut telah diterima.
  • Pin 11 – Jika pencetak sangat sibuk, ia akan mengecas pin 11. Kemudian ia akan mengalami kejatuhan voltan di bawah 0.5 V untuk memberitahu komputer ia bersedia untuk menerima data.
  • Pin 12 - Cas dihantar pada pin 12 untuk memberitahu komputer bahawa tiada kertas pada pencetak
  • Pin 13 – Cas dihantar pada pin ini untuk menunjukkan perkakasan tersebut sedang berfungsi.
  • Komputer akan menghantar isyarat suapan automatik kepada pencetak melalui pin 14 dengan menggunakan cas 5 V
  • Jika pencetak mengalami masalah, ia akan mengurangkan voltan kurang dari 0.5 V pada pin 15 untuk memberitahu komputer terdapat satu ralat.
  • Apabila satu tugas mencetak telah bersedia, komputer akan mengurangkan cas pada pin 16 untuk memulakan pencetak.
  • Pin 17 digunakan oleh komputer untuk membuatkan pencetak tidak beroperasi. Ini dilaksanakan dengan menghantar satu cas kepada pencetak dan kekal sehingga mana ia perlu dalam keadaan tidak beroperasi.
  • Pin-pin 18-25 disambung pada bumi dan digunakan sebagai isyarat rujukan bagi cas yang rendah iaitu 0.5 V