Portal:Anime dan manga/Rencana pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arahan[sunting sumber]

Langkah 1: Tambah artikel yang dipilih baru untuk sublaman berikutnya yang ada dengan mengklik pautan merah dan suntingkannya. Jika tidak terdapat sebarang rangkaian lebih merah, menyunting laman ini untuk menambah sublaman baru di bahagian bawah senarai, simpan, kemudian klik pautan merah baru anda.

Langkah 2: Pada sublaman baru, bubuh kod dari panduan susun atur sublaman:

{{Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/Layout 
  |image=
  |caption=
  |text=
  |link=
}}

Langkah 3: Jika artikel mempunyai imej percuma, set bidang imej kepada nama yang imej itu (tanpa menaip [[]]). masukkan kapsyen ringkas, teks dan pautan pada parameter caption, text dan link.

Langkah 4: Kemaskini parameter "max=" kepada jumlah yang baru pada {{Random portal component}} di laman utama. (Sunting laman utama portal)

Menambah rencana[sunting sumber]

Jangan ragu-ragu meletakkan laman terpilih anda disini.

Senarai rencana pilihan[sunting sumber]

1–10[sunting sumber]

Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/1

Logo Fullmetal Alchemist

Fullmetal Alchemist (Jepun: 鋼の錬金術師, Hepburn: Hagane no Renkinjutsushi) ("Ahli Alkimia Keluli"), (singkatan FMA atau Hagaren), merupakan siri manga hasil karya Hiromu Arakawa yang telah diadaptasikan kepada bentuk siri TV and filem anime, serta beberapa novel dan permainan video susulan. Manga FMA masih diterbitkan di Jepun, dan sehingga kini 15 jilid telah dikeluarkan. Namun bentuk animenya, sebaliknya, sudah tamat siaran setelah 51 episod serta sebuah filem susulan. FMA telah meraih sambutan amat hangat di Jepun, Asia dan Amerika Utara; animenya diundi sebagai anime #1 paling digemari sepanjang waktu di Jepun dalam undian web anjuran TV Asahi pada September 2005. Anime ini juga berjaya mempertahankan kedudukan #1 dalam undian terbaru pada tahun 2006.

Fullmetal Alchemist berlatarkan sebuah negara bernama Amestris dalam suatu dunia selari pada abad ke-20 yang mencapai teknologi Eropah. Di dunia selari ini, pseudosains alkimia menjadi tumpuan utama, namun ia juga merangkumi unsur fantasi yang tidak didapati dalam alkimia sebenar. Ahli alkimia dunia sebenar cuba membentuk emas daripada logam lain yang kurang bermutu. Di dunia fiksyen siri ini, alkimia merupakan sains membentuk sesuatu jirim menjadi jirim yang sangat berbeza melalui penggunaan bulatan penukaran (transmutation) — berdasarkan sains alam sebenar, namun adanya unsur magis, yang kelihatan tidak terhingga gunanya. Ahli alkimia kuno boleh mendaftar untuk mengambil ujian Alchemist Negara untuk menyertai angkatan tentera Amestris.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/2

Sword Art Online

Sword Art Online (Jepun: ソードアート・オンライン, Hepburn: Sōdo Āto Onrain) merupakan siri novel ringan direka oleh Reki Kawahara dan ilustrasi oleh abec. Siri ini berlaku pada masa akan datang dan memberi tumpuan kepada dunia realiti maya dikenali sebagai MMORPG. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works' Dengeki Bunko pada 10 April 2009, berserta siri pendek diterbitkan pada Oktober 2012. Siri manga diterbikan oleh Kadokawa dan ASCII Media Works telah menghasilkan sembilan buah jilid. Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures, musim pertama mula ditayangkan pada Julai sehingga Disember 2012, musim kedua bertajuk Sword Art Online II (Jepun: ソードアート・オンライン II, Hepburn: Sōdo Āto Onrain II) ditayangkan pada Julai sehingga Disember 2014. Siri ini telah mengeluarkan filem sulungnya iaitu Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale ditayangkan serentak di Jepun dan Asia Tenggara pada 18 Februari 2017.

Pada tahun 2022, permainan video berperanan berganda dalam talian realiti maya (VRMMORPG) juga dikenali sebagai Sword Art Online (SAO) mula dijual mempunyai peralatan seperti NerveGear, topi keledar yang merangsang pancaindera pengguna melalui otak seseorang, pemain boleh mengalami dan mengawal watak-watak dalam permainan mereka mengunakan fikiran mereka. VRMMORPG dan NerveGear direka oleh Kayaba Akihiko.

Pada 6 November, 10,000 pemain log masuk ke dunia ruang siber SAO buat pertama kali. Secara tiba-tiba, semua pemain tidak boleh log keluar. Seorang mahluk misteri bernama Kayaba Akihiko muncul dalam bentuk hologram dan memberitahu pemain bahawa mereka mesti mengalahkan kesemua ketua (bos) di setiap aras sehingga aras ke-100 Aincrad sebuah istana keluli dalam dunia maya SAO, jika seseorang mahu bebas dari duna maya. Seseorang itu akan mati dalam permainan mengakibatkan NerveGear menghasilkan gelombang yang membahaya kepada otak akan menyebabkan kematian dalam dunia realiti.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/3

Fairy Tail

Fairy Tail (Jepun: フェアリーテイル, Hepburn: Fearī Teiru) ialah manga daripada mangaka Hiro Mashima. Sirinya bermula di Majalah Shōnen sejak 2 Ogos 2006 dan telah diterbitkan oleh Kodansha dalam 57 jilid tankōbon; bab-bab individu yang diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh Kodansha, dengan siri pertama diterbitkan pada 15 Disember 2006, dan jilid ke-57 diterbitkan pada 17 Mei 2016. Fairy Tail ini mengisahkan pengembaraan Natsu Dragneel, seorang ahli sihir (Jepun: 魔導士, Hepburn: madōshi), remaja yang menyertai persatuan Fairy Tail sambil mencari naga bernama Igneel.

Versi anime dihasilkan oleh A-1 Pictures dan Satelight telah menayangkan 175 buah episod siri televisyen di saluran TV Tokyo sejak 2009. Studio A-1 Pictures juga telah menghasilkan enam animasi video original (OVA) dan dua filem animasi, dan OVA yang ke-5 untuk sekuel pendek selepas filem animasi. Siri Fairy Tail sebenarnya telah tamat pada episod 175 di Jepun (30 Mac 2013). Satu siri baru ditayangkan di TV Tokyo pada 5 April 2014 dan berakhir pada 26 Mac 2016.

Siri ini juga telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Melayu di Malaysia oleh Comics House. Sembilan belas jilid berbahasa Melayu telah diterbitkan sejak Disember 2015. Di Malaysia, anime disiarkan pada hari Khamis pukul 7:30 petang di Ntv7; juga bersiaran di Animax saluran Astro 715 sejak 2010 hingga 2015 sebanyak lima musim setiap Sabtu dan Ahad, empat episod berturut-turut pada pukul 7.30 malam; dan juga bersiaran di 8tv setiap hari Sabtu pada pukul 3 petang.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/4

Detektif Conan

Detective Conan (Jepun: 名探偵コナン, Hepburn: Meitantei Konan, Bahasa Melayu: Detektif Conan) atau versi Inggeris Case Closed (Kes Ditutup) merupakan manga dan anime genre detektif karya mangaka Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula sejak 2 Februari 1994. Siri anime dihasilkan oleh TMS Entertainment / V1 Studio bersiaran di kaca televisyen pada hari Sabtu pada pukul 6 petang (UTC+9 / Waktu di Jepun) di saluran Yomiuri TV (Kawasan Kansai) dan Nippon TV (Kawasan Kantō). Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo merupakan detektif remaja terkenal di bahagian timur Jepun (Kawasan Kantō) terutamanya di sekitar Tokyo. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke sebuah taman tema yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama Ran Mouri. Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun dalam kajian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/5

Attack on Titan

Attack on Titan (Jepun: 進撃の巨人, Hepburn: Shingeki no Kyojin, lit. "Kemaraan Gergasi") ialah sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama. Satu ratus tahun sebelum permulaan cerita, makhluk humanoid gergasi dipanggil Titan (Jepun: 巨人, Hepburn: Kyojin) telah memaksa manusia untuk berpindah ke tahap zaman pertengahan teknologi dan berundur ke dalam sistem sepusat Tembok (Jepun: ウォール, Hepburn: Wōru) yang dikenali sebagai Tembok Maria (Jepun: ウォール・マリア, Hepburn: Wōru Maria, paling luar), Tembok Rose (Jepun: ウォール・ローゼ, Hepburn: Wōru Rōze, tengah), dan Tembok Sina (Jepun: ウォール・シーナ, Hepburn: Wōru Shīna, paling dalam). Di dalam tembok ini, manusia hidup dalam keadaan aman untuk seratus tahun. Tetapi pada awal cerita, serangan secara tiba-tiba oleh gergasi Titan enam puluh meter dan Titan kecil yang dilindungi oleh plat perisai menyebabkan kejatuhan dinding paling luar, memaksa manusia untuk meninggalkan tanah antara Tembok Maria dan Rose, yang membawa kepada kelaparan dan kegawatan.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/6

One Piece (Jepun: ワンピース, Hepburn: Wan Pīsu) atau dikenali dengan nama Budak Getah di Malaysia merupakan manga hasil karya oleh Eiichiro Oda. Ia mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yang belayar bersama-sama mengejar impian masing masing. Pada 14 Jun 2015, diumumkan bahawa Eiichiro Oda dan One Piece telah menerima anugerah Guinness World Records bagi "Salinan komik terbanyak". Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat, dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula. One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/7

My Hero Academia

My Hero Academia (Jepun: 僕のヒーローアカデミア, Hepburn: Boku no Hīrō Akademia) (Bahasa Melayu: Hero Saya Academia) merupakan siri manga adiwira yang direka dan dikarang oleh Kohei Horikoshi. Siri manga diterbikan oleh Weekly Shonen Jump pada setiap minggu sejak Julai 2014 dan siri yang dijadikan format tankōbon ini juga telah mempunyai lapan jilid. Siri animasi telah dihasilkan oleh TOHO Animation; musim pertama ditayangkan pada 3 April 2016 sehingga 26 Jun 2016 di siaran MBS; musim kedua ditayangkan pada 1 April 2017 jam 5:30 petang (waktu Jepun) di siaran Yomiuri TV (kawasan kansai) dan Nippon TV (kawasan Kantō). Izuku Midoriya adalah seorang pelajar sekolah menengah rendah dalam dunia nyata di mana orang yang mempunyai kuasa luar biasa yang dikenali sebagai "Quirk" (Jepun: 個性, Hepburn: Kosei). Bagaimanapun, beliau impian satu hari akan menjadi Adiwira (Jepun: ヒーロー, Hepburn: Hiro), walaupun telah dibuli oleh rakan-rakan beliau kerana tidak mempunyai Quirk. Pembuli iaitu Katsuki juga dipanggil Kacchan. All Might, Hero yang terkuat di dunia, meminjam kuasa Quirk "One For All" kepada Izuku untuk menjadi seorang adiwira. Kisah Izuku bermula di Sekolah Tinggi U.A. (Jepun: 雄英 高校, Hepburn: Yūei Koko), sebuah latihan adiwira terkenal di Jepun.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/8

Dragon Ball (Jepun: ドラゴンボー, Hepburn: Doragon Bōru) atau dikenali sebagai Mutiara Naga di Malaysia ialah sebuah manga oleh Akira Toriyama sebanyak 42 jilid novel grafik manakala 43 jilid di Malaysia. Sebelum itu, ia diterbitkan dalam majalah mingguan Mingguan Shonen Jump di Jepun dari 1984 hingga 1995. Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/9

Eromanga Sensei

Eromanga Sensei (Jepun: エロマンガ先生) merupakan siri novel ringan direka oleh Tsukasa Fushimi dan ilustrasi oleh Hiro Kanzaki. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works dibawah Dengeki Bunko pada 10 Disember 2013 dan kini mempunyai lapan buah jilid. Siri manga ilustrasi oleh Rin diterbitkan oleh ASCII Media Works dibawah Dengeki Daioh mulakan siri manga pada 24 Mei 2014. Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures telah ditayangkan pada 8 April 2017 sehingga kini. Siri ini mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Masamune Izumi seorang novelis ringan secara sambilan. Sangat berminat menulis sebuah novel tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk melukis, Masamune mendapatkan pertolongan rakan kongsi menggunakan nama pena "Eromanga Sensei" menjadi ilustrasi dalam novel beliau, yang terkenal dengan lukisan yang menjolokan mata. Selain mengimbangi keghairahan dan sekolah, Masamune juga seorang penjaga kepada adik tiri perempuan bernama Sagiri Izumi selepas ibu Sagiri dan bapa Masamune meninggal dunia. Masamune bergantung kepada novel ringan untuk kehidupan seharian di rumah. Sagiri seorang hikikomori daripada alam semula jadi, menutup dirinya dalam biliknya untuk lebih setahun dan Masamune sentiasa makanannya di biliknya walaupun percubaan beliau untuk membawa Sagiri untuk meninggalkan biliknya.


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/10
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/10


11–20[sunting sumber]

Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/11
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/11


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/12
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/12


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/13
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/13


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/14
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/14


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/15
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/15


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/16
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/16


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/17
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/17


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/18
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/18


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/19
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/19


Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/20
Portal:Anime dan Manga/Rencana pilihan/20