Portal:Hal semasa di Australasia/2011
2011[sunting sumber]
- 30 Disember - Samoa dan Tokelau bertukar ke bahagian barat Garisan Tarikh Antarabangsa, melangkaui terus 30 Disember.
- 26 November - Parti pimpinan Perdana Menteri John Key memenangi pilihan raya umum New Zealand.
- 29 Oktober - Qantas menyambung semula penerbangan selepas Kerja Adil Australia memerintah syarikat itu dan kesatuan sekerja menamatkan tindakan perindustrian.
- 16 Oktober - Sebastian Vettel dan Red Bull Racing mempertahankan kejuaraan pemandu dan pengeluar Formula Satu.
- 10 Julai - Kejohanan Bola Jaring Sedunia berakhir dengan Australia menewaskan New Zealand untuk kejuaraan ke-10nya.
- 27 Mac - Pemandu Red Bull Racing Sebastian Vettel memenangi perlumbaan pembukaan Formula Satu musim 2011 Grand Prix Australia.
- 22 Februari - Satu gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda Christchurch dan sekitar wilayah Canterbury di New Zealand, mengakibatkan kemusnahan teruk (gambar) dan lebih 160 maut.
- 29 Januari - Dalam bola sepak, Jepun memenangi Piala Asia setelah menewaskan Australia dalam perlawanan akhir.
- 11 Januari - Penduduk beberapa kawasan di kota Brisbane, Australia terpaksa dipindahkan berikutan banjir yang berterusan (gambar Wheel of Brisbane).