Portal:Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Portal Iran

Bendera Iran
Bendera Iran
Lambang Iran
Kedudukan Iran di peta dunia

Iran, (ايران, Īrān), atau nama rasminya Republik Islam Iran (جمهوری اسلامی ايران, Jomhūrī-ye Eslāmī-ye Īrān), juga dikenali sebagai Parsi di dunia barat, adalah sebuah negara di Asia Barat. Ia bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq di sebelah barat. Iran juga berkongsi Teluk Parsi dengan Kuwait, Iraq, Arab Saudi, Bahrain, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Agama rasminya ialah Islam Shia dan bahasa rasminya ialah Bahasa Parsi. Pemerintah tertingginya ialah Pemimpin Agung yang kini sedang disandang oleh Ayatollah Ali Khamenei.

Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia. Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia menjadikan negara ini cukup penting dalam tamadun dunia dan mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Organisasi Negara-Negara Islam, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Merupakan antara kuasa rantau yang terpenting di Asia Barat Daya, Iran memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak. Nama Iran ini berkait rapat dengan Arya, ianya bermaksud "Tanah Arya" dalam bahasa Parsi.

Rencana pilihan

Isfahan atau Eşfahān (juga dieja sebagai: Ispahan, Bahasa Parsi Lama: Aspadana, Bahasa Parsi Pertengahan: Spahān, اصفهان ,Eṣfahān) adalah pusat pentadbiran Wilayah Isfahan di Iran. Ianya adalah bandar ketiga terbesar di negara ini dengan mempunyai populasi seramai 1,600,554 penduduk pada tahun 2007. Isfahan pernah suatu masa menjadi bandar terbesar di dunia. Kegemilangannya adalah dari 1050 hingga 1722 ketika ianya menjadi ibukota empayar Parsi dibawah pemerintahan kerajaan Safawiyah. Pada hari ini, ianya mempunyai banyak bangunan-bangunan sejarah yang dibina oleh raja-raja Safawiyah.

Gambar pilihan

Sumber dari Sajed.ir, boleh ditemukan di halaman wikimedianya

Imej tentera Iran memakai topeng gas di medan perang ketika Perang Iran Iraq. Iraq menggunakan senjata kimia di dalam perang ini menyebabkan ribuan askar dan penduduk awam Iran terkorban kerana pernafasan gas kimia.

Biografi pilihan

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardiziyeh al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w. Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bokhara (Bukharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Tahukah anda?

  • ... maksud Iran ialah 'Bumi Bangsa Arya'?
  • ... wain yang tertua didunia dijumpai di Iran dan berusia 7000 tahun?
  • ... empayar Iran pertama iaitu Medes, ditubuhkan 3000 tahun dahulu?
  • ... Bahasa Parsi adalah antara bahasa yang tertua di dunia yang masih digunakan?
  • ... beberapa agama-agama di dunia seperti Majusi dan Bahá'í - berasal dari Iran?
  • ... orang Parsi yang pertama kali memulakan projek Terusan Suez?
  • ... ais krim mungkin dicipta di Iran?
  • ... bangsa Iran yang mencipta kincir angin dan alkohol?

Portal berkaitan

Berita Iran

  • 2 April 2007: Video baru yang ditangkap oleh pasukan British diudarakan di stesen televisyen; protes di keduataan Britain di Teheran
  • 31 Mac 2007: Laman web Israel membuat spekulasi mengenai serangan Amerika ke atas Iran pada bulan April
  • 30 Mac 2007: Kesatuan Eropah meminta Iran membebaskan askar Britain yang ditahan di Iran
  • 30 Mac 2007: Iran mengudarakan video baru mengenai krew askar Britain yang ditahannya, surat daripada Turney turut dipaparkan
  • 30 Mac 2007: Majlis Keselamatan PBB mengarahkan Iran membebaskan krew askar Britain

Hal semasa di dunia | Lagi mengenai hal semasa di Wikinews

Kategori

Petikan

:
Dunia ini adalah taman, di mana pekebunnya adalah negeri
Negeri adalah Sultan dan walinya ialah undang-undang
Undang-undang adalah kebijakan, di mana ianya melindungi kerajaan
Kerajaan adalah bandar, yang didirikan oleh tentera
Tentera terdiri kerana kekayaan
Kekayaan dikumpulkan daripada taklukan
Taklukan dilakukan menerusi keadilan
Keadilan adalah paksi kekayaan dunia.

Al Razi

Perkara yang anda boleh lakukan

ProjekWiki

Wikimedia Berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Purge server cache