Portal:K-pop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat Datang ke Portal K-pop
سلامت داتڠ کڤورتل كي-ڤوڤ
K-pop 포털에 오신 것을 진심으로 환영합니다
Ikon muzik K-pop

K-pop (Hangul: 케이팝), singkatan untuk muzik popular Korea, adalah sejenis bentuk muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Bentuk muzik ini merupakan gabungan pelbagai gaya dan genre dari seluruh dunia seperti pop, hip hop, R&B, eksperimental, rock, tarian elektronik dan klasikal selain daripada muzik tradisional Korea. Istilah "K-pop" menjadi terkenal pada 2000-an terutamanya dalam konteks antarabangsa, dan pengaruh bentuk muzik ini telah membawa kepada fenomena Gelombang Korea (Hallyu). Walaupun "K-pop" boleh merujuk kepada semua muzik popular atau muzik pop dari Korea Selatan, ia sering digunakan dalam erti kata yang lebih sempit untuk mana-mana muzik dan artis Korea yang dikaitkan dengan industri hiburan dan pujaan di negara ini, tanpa mengira genre.

Artis pilihan
Big Bang dalam satu iklan LG Optimus One

Big Bang (Korea: 빅뱅, makna harfiah: "Letupan Besar", sering digayakan sebagai BIGBANG) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan. Pembentukan band ini bermula daripada sebuah siri televisyen iaitu "Dokumentari Big Bang" ("Big Bang Documentary") yang disiarkan pada bulan Julai hingga bulan Ogos tahun 2006. Rancangan tersebut juga ditayangkan secara dalam talian di GomTV dan MTV Korea. Pada asalnya terdapat enam orang ahli tetapi salah seorang daripadanya telah tersingkir iaitu Jang Hyun-seung (kini menganggotai kumpulan Beast) dalam tayangan rancangan itu sebelum debut bagi kumpulan muzik itu diadakan secara rasmi.

Terletak dibawah syarikat rakaman YG Entertainment, kumpulan muzik ini pernah memenangi beberapa anugerah diatas kejayaan mereka dalam bidang industri muzik. Antaranya anugerah di Anugerah Muzik Seoul (2008), Festival Muzik KM Mnet serta Anugerah Muzik Eropah MTV (2011).

Gambar pilihan
Exo ketika di Konsert K-pop Suwon pada 2016
Exo ketika di Konsert K-pop Suwon pada 2016

EXO (Korea: 엑소) ketika di konsert K-pop Suwon pada 18 Jun 2016. Kumpulan muzik ChinaKorea Selatan ini ditubuhkan pada 2011 oleh syarikat rakaman SM Entertainment. Pada asalnya, kumpulan ini mempunyai 12 orang ahli sebelum 3 daripadanya terpaksa meninggalkan kumpulan tersebut. Kumpulan muzik ini juga mempunyai dua subunit – EXO-K dan EXO-M.

Kredit gambar: FriedC • Sumber: YouTube
(Saiz fail: 1,101 × 620 piksel, 1.8 MB)
Tahukah anda?
  • ...bahawa lagu G-Dragon, "That XX" (2012) ialah lagu pratapisan pertama yang mengungguli carta lagu di Korea Selatan?
  • ...sehingga kini, lagu "Gangnam Style" (2012) nyanyian Psy merupakan video muzik K-pop paling banyak ditonton dan juga yang pertama memperoleh tontonan sebanyak 1 bilion di laman YouTube?
  • ...album mini Alive (2012) oleh kumpulan muzik BIGBANG merupakan album Korea pertama tercarta dalam Billboard 200 Amerika Syarikat?
  • ...nama asal kumpulan muzik TO1 (tertubuh 2020) adalah TOO, setahun setelah pembentukannya?
Portal berkaitan
Projek saudara