Portal:Kanada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Selamat Datang ke Portal Kanada

Pendahuluan

sunting
Ringkasan
sunting
Unjuran benua Amerika Utara dengan negara Kanada ditandakan dengan warna hijau

Kanada (Jawi: كنادا; Inggeris dan Perancis: Canada) ialah sebuah negara yang terdiri daripada sepuluh buah negeri dan tiga buah wilayah. Terletak di bahagian utara benua Amerika Utara, Kanada menjangkau dari Lautan Atlantik di timur hingga ke Lautan Pasifik di barat serta Lautan Artik di utara. Ia merupakan negara kedua paling luas di dunia selepas Persekutuan Rusia. Sempadan Kanada dengan Amerika Syarikat di bahagian selatan dan barat laut merupakan sempadan antarabangsa terpanjang di dunia.

Kanada merupakan sebuah negara persekutuan yang ditadbir mengikut sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II selaku ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Ia adalah sebuah negara dwibahasa yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi di peringkat persekutuan. Dengan mencatat Indeks Pembangunan Insan kelapan tertinggi di dunia, Kanada adalah antara negara yang menikmati taraf hidup yang tertinggi di dunia. Selain itu, negara ini juga menjadi anggota dalam beberapa pertubuhan sedunia seperti Kumpulan Lapan (G8), Kumpulan Dua Puluh Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (G-20), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Rencana pilihan

sunting
Gambar pilihan
sunting
Latar langit Bandaraya Montreal

Montreal (مونتريال) (Perancis: Montréal (Mengenai bunyi ini dengar ) adalah bandar kedua terbesar di Kanada selepas Toronto dan bandar terbesar di negeri Quebec. Dahulunya bandar raya ini digelar sebagai "Ville-Marie" atau "Bandar Mary". Bandar raya ini mendapat nama yang terkini dari Mont-Royal iaitu sebuah bukit berpuncak tiga di tengah-tengah bandar yang namanya juga mula-mula diberikan kepada pulau di mana bandar ini terletak atau Mont Réal seperti yang dieja dalam Bahasa Perancis Tengah (Mont Royal dalam bahasa Perancis kini).

Bahasa rasmi bagi bandar raya ini ialah bahasa Perancis dan ia dituturkan sebanyak 59.8% daripada populasi Montreal dan diikuti dengan bahasa Inggeris sebanyak 19.4% (seperti bancian 2006). Dalam Kawasan Metropolitan Bancian Montreal (CMA), 67.9% peratus penduduk bertutur dalam bahasa Perancis di rumah berbanding dengan bahasa Inggeris sebanyak 16.5%. Lebih separuh penduduk Montreal boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa itu. Pada dasarnya, Montreal merupakan bandar berbahasa Perancis kedua terbesar di dunia selepas Paris.

Burung Nuthatch Berdada Putih

Burung Nuthatch Berdada Putih (Sitta carolinensis) di Taman Negeri Algonquin, Ontario

Panorama

sunting
Simbol pilihan
sunting
Algonquin Sunset Panorama.jpg

Pemandangan waktu matahari terbenam di Tasik North Tea, Taman Negeri Algonquin (Algonquin Provincial Park), Ontario.

Flag of British Columbia.svg

Bendera wilayah British Columbia

Sejarah

sunting
Tahukah anda?
sunting


Pertempuran Fish Creek yang berlaku pada 24 April 1885 di Fish Creek, Saskatchewan

Lukisan Laura Secord yang memberi amaran kepada komander James FitzGibbon mengenai serangan yang bakal dilakukan oleh Amerika di Empangan Beaver

Geografi

sunting
Tahukah anda?
sunting


Pemandangan Tasik–Tasik Besar dari angkasa

Pemerintahan dan politik

sunting
Tahukah anda?
sunting

Ekonomi

sunting
Tahukah anda?
sunting

Budaya dan masyarakat

sunting
Tahukah anda?
sunting

Sukan

sunting
Tahukah anda?
sunting
Portal:Amerika Utara Portal:Geografi
Amerika Utara Geografi


Portal.svg Portal lain

 

Fairytale key enter-2.png Padam singgahan