Portal:Perubatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Portal Perubatan
بوابة طب

Color fresco of an ancient hospital setting
Hospital Santa Maria della Scala, fresco oleh Domenico di Bartolo, 1441–1442

Perubatan (Tulisan Jawi: ڤروبتن) ialah sains dan amalan berkenaan diagnosis, rawatan, dan pencegahan penyakit. Perubatan merangkumi pelbagai amalan penjagaan kesihatan yang bercambah untuk mengekalkan dan mengembalikan kesihatan melalui pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit. Perubatan kontemporari menggunakan sains bioperubatan, kajian bioperubatan, genetik, dan teknologi perubatan untuk mendiagnosis, merawat, dan mencegah kecederaan dan penyakit, lazimnya melalui farmaseutikal atau pembedahan, di samping melalui terapi-terapi seperti psikoterapi, penganduh dan tarikan luaran, peranti perubatan, biologik, dan sinaran pengionan, di antaranya.

Perubatan telah wujud sejak beribu-beribu tahun, ketika ia dianggap sebagai seni (sebuah bidang kemahiran dan pengetahuan), dan seringkalli berhubung-kait dengan kepercayaan keagamaan dan falsafah sesebuah kebudayaan setempat. Contohnya, seorang pawang akan menggunakan herba-herba dan membaca doa untuk pengubatan, atau seorang filasuf dan tabib akan menggunakan pembekaman menurut teori humorisme. Pada kebelakangan abad ini, semenjak kewujudan sains moden, kebanyakan perubatan telah menjadi gabungan antara seni dan sains (termasuk asasi dan gunaan, di bawah payungan sains perubatan). Sementara teknik menjahit sutur adalah sejenis seni yang dipelajari melalui latihan, pengetahuan mengenai perkara yang berlaku di tahap sel dan molekul pada tisu-tisu yang dijahit muncul daripada sains.

Perubatan pra-saintifik kini dikenali sebagai perubatan tradisional dan perubatan rakyat. Mereka masih digunakan, tanpa penglibatan daripada perubatan saintifik, dan dikenali sebagai perubatan alternatif. Contohnya, bukti-bukti mengenai keberkesanan akupunktur adalah “berubah-ubah dan tidak tetap” untuk sebarang penyakit, tetapi secara umumnya selamat ketika dilakukan oleh pengamal yang bertauliah. Sebaliknya, perubatan di luar lingkungan keselamatan dan keberkesanan diberi gelaran perubatan palsu.



Kategori

Portal yang berkaitan