Portal:Tenaga boleh diperbaharui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuasa angin
Portal Tenaga Boleh Diperbaharui
Kuasa panas bumiBiominyak
Laman utama   Topik & kategori penjelajahan   Tugas & pengumuman  


edit  watch  

Pengenalan

Ladang Angin Luar Pesisir Burbo Bank di pintu masuk ke Sungai Mersey di barat laut England

Tenaga boleh diperbaharui adalah tenaga yang berasal dari sumber semula jadi seperti sinar matahari, angin, hujan, pasang surut dan geoterma yang boleh diperbaharui (boleh diganti secara semula jadi). Pada tahun 2008, sekitar 19% dari pengambilan tenaga global berasal daripada tenaga boleh diperbaharui dengan 10% datangnya daripada biojisim tradisional, yang digunakan terutamanya untuk pemanasan, dan 3.4% daripada hidroelektrik. Tenaga baru boleh diperbaharui (hidro kecil, biojisim moden, angin, suria, geoterma dan bahan api bio) menyumbang 2.8% yang lain dan ia kini berkembang dengan pesat.

Kuasa angin yang tumbuh sebanyak 30% setahun, dengan keupayaan kuasa angin terpasang 282,482 megawatt (MW) pada penghujung tahun tahun 2012 dan ia digunakan secara meluas di Eropah, Asia, dan Amerika Syarikat. Pada akhir tahun 2012, keupayaan fotovoltaik (PV) di seluruh dunia ialah 100,000 MW dan stesen janakuasa PV yang masyhur terletak di Jerman dan Sepanyol. Stesen janakuasa terma suria beroperasi di Amerika Syarikat dan Sepanyol. Stesen terbesarnya ialah dekat loji janakuasa 354 MW SEGS di Gurun Mojave. Pemasangan tenaga geoterma terbesar di dunia ialah di The Geysers, California dengan keupayaan sehingga 750 MW. Brazil mempunyai salah satu program tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia, yang melibatkan pengeluaran bahan api etanol daripada tebu, dan etanol kini menyediakan 18% bahan bakar automotif di negara itu. Bahan api etanol juga banyak terdapat di Amerika Syarikat.

Walaupun terdapat banyak projek tenaga boleh diperbaharui yang dijalankan secara besar-besaran, teknologi boleh diperbaharui juga sesuai dijalankan di kawasan luar bandar dan daerah terpencil di mana tenaga sangat penting dalam pembangunan manusia. Sehingga tahun 2011, sistem PV suria kecil telah menyediakan bekalan elektrik kepada berjuta-juta isi rumah dan sistem hidro kecil yang ditatarajah kepada grid kecil juga dijalankan untuk penduduk. Lebih daripada 44 juta isi rumah menggunakan pencerna biogas bagi tujuan pencahayaan dan memasak manakala lebih 166 juta isi rumah bergantung kepada dapur memasak biojisim generasi baru.

Kebimbangan terhadap perubahan iklim, ditambah pula dengan kenaikan harga minyak dan sokongan kerajaan yang semakin meningkat mendorong kepada peningkatan terhadap undang-undang, insentif dan pengkomersialan berkenaan tenaga boleh diperbaharui. Dasar, peraturan dan perbelanjaan kerajaan yang baru membantu dalam menangkis krisis kewangan global dengan lebih baik berbanding sektor lain.