Portugal Benua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Tanah Besar Portugal

Portugal Benua atau Tanah Besar Portugal (Bahasa Portugis: Portugal Continental) ialah gelaran untuk wilayah tanah besar Portugal yang terletak di Semenanjung Iberia di Eropah. Gelaran ini kekadang digunakan untuk membezakan wilayah benua Portugal (juga dikenali sebagai Si Benua - O Continente) daripada wilayah kepulauan Portugal.

Wilayah kepulauan Portugal terdiri daripada semenanjung Madeira dan semenanjung Azores di Lautan Atlantik. Ia juga merupakan bahagian NUTS I (lihat bahagian pentadbiran Portugal: NUTS untuk perincian). Sedangkan di Portugal moden, perbezaan antara wilayah benua dan wilayah keseluruhannya tidak ketara (daripada segi keluasan), ia amat penting semasa Empayar Portugis ketika istilah ini digunakan. Semenanjung Madeira dan semenanjung Azores juga umumnya dirujuk sebagai Si Kawasan Autonomi (As Regiões Autónomas), Portugal Kepulauan (Portugal Insular) atau secara mudah, Si Kepulauan (As Ilhas).

Tanah besar Portugal meliputi 89,015 km² atau 96.6% daripada seluruh wilayah negara sebanyak 92,145 km². Jumlah penduduknya 9,833,408 orang atau 95.3% daripada seluruh jumlah penduduk Portugal sebanyak 10,318,084.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]