Poseidon (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Poseidon merupakan filem 2006, ditayangkan di Malaysia pada 12 Mei 2006 dan dibintangi Kurt Russell, Josh Lucas, Emmy Rossum dan Richard Dreyfuss. Ia diarahkan oleh Wolfgang Petersen. Poseidon adalah nama Tuhan orang Greek.Filem ini berasaskan novel lama oleh Paul Gallico.

Cerita[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan cerita ini berkisar di dalam kapal terbalik bernama Poseidon dalam pelintasan trans atlantik. Ketika dalam pelayaran , kapal persiaran Poseidon dilanda gelombang ombak yang besar setinggi hampir dua kali ganda besar kapal itu . Kapal itu terbalik ke sebelah kanan dan kemudian dasarnya ke atas dan bahagian dek ke bawah. Tentunya filem berkaitan dengan bencana alam yang membabitkan tsunami. Tsunami di Acheh terjadi pada 26 Disember 2004.

Kapal serba mewah itu penuh dengan kegiatan perjudian , tari-menari dan homoseksual. Jennifer Ramsey dan teman lelakinya Christian adalah pasangan intim yang akan melangsungkan pertunangan. Sementara bapa mereka tidak merestui hubungan tersebut . Bapanya bekas datuk bandar New York ialah Robert Ramsey , turut serta dalam pelayaran itu untuk melihat abangnya yang sakit di New York.

Segala-galanya menjadi tunggang-langgang setelah gelombang ombak tsunami menghempas kapal mewah itu.

Latar[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana filem Poseidon Adventure, filem Poseidon juga menggunakan set di atas kapal RMS Queen Mary pada tahun 2006. Pihak Warner Brothers telah menggunakan latar di Burbank , California. Teknik CGI banyak digunakan dalam filem ini.

Kos filem ini ialah RM150 juta. Ketika tayangan . filem ini bersaing dengan filem Mission: Impossible III hingga menyebabkannya gagal mengutip sasaran yang diharapkan.

Para pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Nama watak
Josh Lucas Dylan Johns
Kurt Russell Robert Ramsey
Emmy Rossum Jennifer Ramsey
Jacinda Barrett Maggie James
Richard Dreyfuss Richard Nelson
Mike Vogel Christian
Mía Maestro Elena Gonzalez
Kevin Dillon Lucky Larry
Freddy Rodriguez Marco Valentin
Jimmy Bennett Connor James
Andre Braugher Captain Michael Bradford
Stacy Ferguson Gloria
Kirk B.R. Woller Chief Officer Reynolds
Kelly McNair Emily
Gabriel Jarret First Officer Chapman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.