Kalium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Potasium)
Kalium,  19K
Butiran kalium dalam minyak tanah, yang besar berukuran 0.5 cm. Bawah: Garis-garis spektrum kalium
Ciri-ciri umum
RupaPutih keperakan
Kalium dalam jadual berkala
Hidrogen (bukan logam diatom)
Helium (gas adi)
Litium (logam alkali)
Berilium (logam alkali bumi)
Boron (metaloid)
Karbon (bukan logam poliatom)
Nitrogen (bukan logam diatom)
Oksigen (bukan logam diatom)
Fluorin (bukan logam diatom)
Neon (gas adi)
Natrium (logam alkali)
Magnesium (logam alkali bumi)
Aluminium (logam pascaperalihan)
Silikon (metaloid)
Fosforus (bukan logam poliatom)
Sulfur (bukan logam poliatom)
Klorin (bukan logam diatom)
Argon (gas adi)
Kalium (logam alkali)
Kalsium (logam alkali bumi)
Skandium (logam peralihan)
Titanium (logam peralihan)
Vanadium (logam peralihan)
Kromium (logam peralihan)
Mangan (logam peralihan)
Besi (logam peralihan)
Kobalt (logam peralihan)
Nikel (logam peralihan)
Kuprum (logam peralihan)
Zink (logam peralihan)
Galium (logam pascaperalihan)
Germanium (metaloid)
Arsenik (metaloid)
Selenium (bukan logam poliatom)
Bromin (bukan logam diatom)
Kripton (gas adi)
Rubidium (logam alkali)
Strontium (logam alkali bumi)
Ytrium (logam peralihan)
Zirkonium (logam peralihan)
Niobium (logam peralihan)
Molibdenum (logam peralihan)
Teknetium (logam peralihan)
Rutenium (logam peralihan)
Rodium (logam peralihan)
Paladium (logam peralihan)
Perak (logam peralihan)
Kadmium (logam peralihan)
Indium (logam pascaperalihan)
Timah (logam pascaperalihan)
Antimoni (metaloid)
Telurium (metaloid)
Iodin (bukan logam diatom)
Xenon (gas adi)
Sesium (logam alkali)
Barium (logam alkali bumi)
Lantanum (lantanid)
Serium (lantanid)
Praseodimium (lantanid)
Neodimium (lantanid)
Prometium (lantanid)
Samarium (lantanid)
Europium (lantanid)
Gadolinium (lantanid)
Terbium (lantanid)
Disprosium (lantanid)
Holmium (lantanid)
Erbium (lantanid)
Tulium (lantanid)
Yterbium (lantanid)
Lutetium (lantanid)
Hafnium (logam peralihan)
Tantalum (logam peralihan)
Tungsten (logam peralihan)
Renium (logam peralihan)
Osmium (logam peralihan)
Iridium (logam peralihan)
Platinum (logam peralihan)
Emas (logam peralihan)
Merkuri (logam peralihan)
Talium (logam pascaperalihan)
Plumbum (logam pascaperalihan)
Bismut (logam pascaperalihan)
Polonium (logam pascaperalihan)
Astatin (metaloid)
Radon (gas adi)
Fransium (logam alkali)
Radium (logam alkali bumi)
Aktinium (aktinid)
Torium (aktinid)
Protaktinium (aktinid)
Uranium (aktinid)
Neptunium (aktinid)
Plutonium (aktinid)
Amerisium (aktinid)
Kurium (aktinid)
Berkelium (aktinid)
Kalifornium (aktinid)
Einsteinium (aktinid)
Fermium (aktinid)
Mendelevium (aktinid)
Nobelium (aktinid)
Lawrencium (aktinid)
Rutherfordium (logam peralihan)
Dubnium (logam peralihan)
Seaborgium (logam peralihan)
Bohrium (logam peralihan)
Hasium (logam peralihan)
Meitnerium (ciri kimia tidak diketahui)
Darmstadtium (ciri kimia tidak diketahui)
Roentgenium (ciri kimia tidak diketahui)
Kopernisium (logam peralihan)
Nihonium (ciri kimia tidak diketahui)
Flerovium (ciri kimia tidak diketahui)
Moscovium (ciri kimia tidak diketahui)
Livermorium (ciri kimia tidak diketahui)
Tennessin (ciri kimia tidak diketahui)
Oganesson (ciri kimia tidak diketahui)
Na

K

Rb
argonkaliumkalsium
Nombor atom (Z)19
Kumpulan, kalakumpulan 1 (logam alkali), kala 4
BlokBlok s
Berat atom piawai (Ar)39.0983(1)
Konfigurasi elektron[Ar] 4s1
Bil. elektron per petala/cengkerang
2, 8, 8, 1
Ciri-ciri fizikal
Fasapepejal
Takat lebur336.53 K ​(63.88 °C, ​146.08 °F)
Takat didih1032 K ​(759 °C, ​1398 °F)
Ketumpatan suhu bilik hampir0.862 g/cm3
apabila cecair, pada t.l.0.828 g/cm3
Takat tigaan336.35 K, ​ kPa
Haba pelakuran2.33 kJ/mol
Haba pengewapan76.9 kJ/mol
Muatan haba molar29.6 J/(mol·K)
Ciri-ciri atom
Keadaan pengoksidaan1 ​oksida sangat bes
KeelektronegatifanSkala Pauling: 0.82
Tenaga pengionan
(lagi)
Jejari atomempirik: 227 pm
Jejari kovalen203±12 pm
Jejari van der Waals275 pm
Rampaian
Struktur hablur ​kiub berpusatkan badan
Kelajuan bunyi rod nipis2000 m/s (pada 20 °C)
Pekali pengembangan terma83.3 µm/(m·K) (pada 25 °C)
Daya pengaliran terma102.5 W/(m·K)
Kerintangan elektrik72 Ω·m (pada 20 °C)
Sifat kemagnetanparamagnet
Modulus Young3.53 GPa
Modulus ricih1.3 GPa
Modulus pukal3.1 GPa
Skala Mohs0.4
Kekerasan Brinell0.363 MPa
Nombor CAS7440-09-7
Sejarah
PenemuanHumphry Davy (1807)
Pengasiangan pertamaHumphry Davy (1807)
Isotop utama bagi kalium
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk
39K 93.26% K stabil dengan 20 neutron
40K 0.012% 1.248(3)×109 thn β 1.311 40Ca
ε 1.505 40Ar
β+ 1.505 40Ar
41K 6.73% K stabil dengan 22 neutron
| rujukan | dalam Wikidata

Kalium (Jawi: کاليوم ) adalah unsur kimia dalam jadual berkala. Ia mempunyai simbol K dan nombor atom 19. Perkataan kalium kemungkinannya berasal dari perkataan Arab yang bermaksud memanggang, iaitu abu tumbuh-tumbuhan yang dibakar. Kalium adalah logam alkali putih keperakan lembut yang wujud secara semulajadi terikat dengan lain-lain unsur dalam air laut (0.04% ikut berat[1][2]) atau kebanyakan mineral. Ia teroksida cepat dalam udara, sangat reaktif, terutamanya dalam air, dan menyerupai natrium secara kimia.

Ion kalium diperlukan untuk fungsi semua sel hidup terutamanya sebagai pengantar isyarat elektron saraf normal; kekurangan dan kelebihan kalium masing-masing dapat mengakibatkan banyak masalah, termasuk degupan jantung yang abnormal. Tubuh merespons masuknya kalium makanan, yang meningkatkan kadar kalium serum, dengan menggeser kalium dari luar ke dalam sel dan meningkatkan rembesan kalium oleh buah ginjal.

Ciri-ciri utama[sunting | sunting sumber]

Dengan logam bertiga yang ada ketumpatan lebih rendah daripada air, kalium adalah kedua ringan dan tumpat selepas litium. Ia adalah pepejal lembut yang mudah dikerat dengan pisau dan mempunyai warna keperakan pada permukaan yang baru dipotong. Ia teroksida dengan cepat dalam udara dan haruslah disimpan selamat dalam minyak mineral atau kerosin.[3]

Seperti juga logam-logam alkali lain, kalium bertindak kuas pantas kepada air membakar serta-merta menghasilkan hidrogen. Api nyalaan garam sebatiannya memancarkan warna ungu dengan panjang puncak gelombang diukur setinggi 766.5 nanometer.[4]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan garam kalium sangat berguna, termasuklah kalium bromida, kalium klorat, kalium kromat, kalium sianida, kalium dikromat, kalium iodida, kalium nitrat, kalium sulfat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1797, kimiawan Jerman Martin Klaproth menemukan "Potasch" (dalam bahasa Jerman bermaksud "abu periuk") dalam galian leusit dan lepidolit dan menyedari bahwa ia bukanlah produk pertumbuhan tanaman namun sebenarnya mengandung unsur baru, yang diusulkannya untuk dinamakan kali;[5] kali itu sendirinya serapan Arab: القَلِي, rumi: al-qalī[6] terbitan kata kerja قَلَىqalā "menggoreng"[7] menggambarkan pembuatan asas kali ini dari abu "gorengan" hangus tumbuhan tertentu seperti Salicornia untuk sebagai bahan asas pelbagai bahan seperti dakwat, kaca dan sabun.[6]

Pada tahun 1807, Humphry Davy memperasingkan unsur tersebut dari sebatian potasy kaustik (KOH) melalui elektrolisis yang diberikan nama potassium daripada kata Inggeris pot ash yang seturunan.[8] Pada tahun 1809, Ludwig Wilhelm Gilbert mencadangkan nama Latin Kalium terbitan kata kali diungkapkan Klapkroth untuk penemuan "potassium" Davy,[9] ia disetujui makalah ditulis kimiawan Sweden Berzelius tahun 1814 yang memberi singkatan huruf "K".[10]

Ragam jenis[sunting | sunting sumber]

Kalium merangkumi 2.4% berat kerak Bumi dan merupakan unsur ketujuh paling berlimpah di dalamnya. Oleh kerana ia amatlah elektropositif, unsur kalium sukar diperoleh daripada mineralnya.

Garam kalium seperti kalanit, langbeinit, polihalit, dan silvit dijumpai pada tasik purbakala dan dasar laut. Mineral ini membentuk longgokan besar-besaran pada persekitaran-persekitaran ini, membuatkan penyarian kalium dan garam-garamnya lebih berdaya maju. Sumber utama kalium, potasy, dilombong di California, Jerman, New Mexico, Utah, dan lain-lain tempat di dunia. 3000 kaki di bawah permukaan Saskatchewan terdapt longgokan besar potasy yang merupakan sumber penting unsur ini dan garam-garamnya, dan terdapat beberapa lombong besar sudah beroperasi semenjak 1960-an. Saskatchewan menjadi perintis kepada penggunaan pembekuan pasir basah (pembentukan Blairmore) untuk memandu syaf lombong menerusinya. Lihat Syarikat Potasy Saskatchewan. Lautan merupakan satu lagi sumber kalium, tetapi kuantiti yang hadir pada isipadu tertentu air laut adalah kurang berbanding dengan natrium.

Kalium boleh diasingkan melalui elektrolisis hidroksida dalam sejenis proses yang berubah sangat sedikit semenjak zaman Davy. Kaedah terma juga digunakan dalam penghasilan kalium, menggunakan kalium klorida. Kalium tidak pernah dijumpai dalam bentuk unsur bebas dalam alam semula jadi.

Lihat juga Mineral kalium.

Isotop[sunting | sunting sumber]

Kalium dalam feldspar

Terdapat 24 isotop kalium yang diketahui. Tiga isotop wujud secara semula jadi: 39K (93.3%), 40K (0.012%) dan 41K (6.7%). 40K yang wujud secara semula jadi mereput separuh hayatnya menjadi 40Ar (11.2%) stabil melalui tawanan elektron dan melalui pancara positron, dan merebut menjadi 40Ca stabil (88.8%) melalui reputan beta (sebanyak 88.8%).[11] 40K mempunyai separuh hayat selama 1.250×109 tahun.

Reputan 40K kepada 40Ar membolehkan penggunaan kaedah pentarikhan batuan yang biasa digunakan. Pentarikhan K-Ar lazim bergantung kepada andaian bahawa batuan tidak mengandungi argon semasa masa pembentukan dan kesemua argon radiogenik terkemudian (iaitu, 40Ar) dikekalkan secara kuantitatif. Mineral ditarikhkan menggunakan pengukuran kepekatan kalium dan bilangan 40Ar radiogenik yang terkumpul. Mineral yang sesuai digunakan untuk pentarikhan termasuklah biotit, muskovit, hornblende plutonik/metamorfik gred tinggi, dan feldspar gunung berapi; sampel baruan keseluruhan daripada aliran gunung berapi dan terobosan cetek juga boleh ditarikhkan jika sifatnya tidak mengalami sebarang perubahan.[11][12]

Selain pentarikhan, isotop kalium digunakan secara meluas sebagai penyurih dalam kajian luluhawa. Ia juga digunakan dalam kajian kitaran nutrien kerana kalium merupakan makronutrien yang diperlukan untuk kehidupan.[13]

40K wujud dalam kalium semula jadi (oleh itu dalam sesetengah pengganti garam biasa komersil) pada kuantiti mencukupi menyebabkan karung besar pengganti-pengganti ini boleh digunakan sebagai sumber radioaktif untuk tunjuk cara dalam kelas. Dalam haiwan dan manusia yang sihat, 40K merupakan sumber terbesar keradioaktifan, lebih besar daripada 14C. Dalam tubuh badan manusia berjisim 70 kg, kira-kira 4,000 nukleus 40K mereput sesaat.[14][15] Kalium semulajadi memancarkan radiasi sebanyak adalah 31 Bq/g.[16]

Langkah pengawasan[sunting | sunting sumber]

Pepejal kalium bertindak cergas dengan air, oleh itu ia harus disimpan dalam minyak mineral seperti kerosin dan dikendalikan dengan berhati-hati. Belainan dengan litium dan natrium, kalium tidak dapat disimpan dalam minyak selama-lamanya. Jika disimpan lebih lama dari 6 bulan ke setahun, peroksida berbahaya yang peka hentakan boleh terbentuk pada logam dan di bawah penutup bekas, dan peroksida dapat meletup apabila bekas dibuka. JANGAN SEKALI-KALI menyimpan kalium, rubidium dan sesium lebih lama dari setahun kecuali apabila disimpan dalam atmosfera lengai (argon) atau dalam vakum (hampagas).

Kalium dalam gizi[sunting | sunting sumber]

Kalium merupakan mineral zat mikro penting dalam gizi manusia; ia membantu dalam pengecutan otot dan pengekalan keseimbaingan bendalir dan elektrolit dalam sel tubuh. Kalium juga penting dalam penghantaran impuls saraf serta pembebasan tenaga daripada protein, lemak, dan karbohidrat semasa metabolisme.

Kekurangan kalium boleh mengakibatkan keadaan yang boleh membawa maut yang dikenali sebagai hypokalemia, biasanya lanjutan daripada cirit-birit, diuresis berterusan dan muntah-muntah. Simptom kekurangan termasuklah kulit kering, jerawat, seram sejuk, fungsi kognitif terganggu, kekejangan (spasma) otot, aritmia, tindak balas refleks yang berkurangan, rasa dahaga, intolerans glukosa, perencatan pertumbuhan, insomnia, kolestrol, dan rendah tekanan darah.

Memakan bermacam jenis makanan yang mengandungi kalium adalah cara terbaik untuk memperoleh jumlah yang mencukupi. Individu sihat yang memakan gizi yang seimbang jarang sekali memerlukan makanan tambahan. Makanan yang mengandungi sumber kalium yang tinggi termasuklah pisang, avokado, saderi dan turnip, dan kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan daging lain juga mengandungi kalium. Kajian menunjukkan gizi yang mengandungi kandungan kalium yang tinggi boleh merendahkan risiko menghidapi tekanan darah tinggi.

Garis panduan 2004 oleh Institut Perubatan menetapkan RDA sebanyak 4,700 mg kalium. Sesetengah orang yang menghidap penyakit ginjal dinasihatkan agar mengelakkan pemakanan zat kalium pada kuantiti besar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Webb, D. A. (April 1939). "The Sodium and Potassium Content of Sea Water" (PDF). The Journal of Experimental Biology (2): 183.
  2. ^ Anthoni, J. (2006). "Detailed composition of seawater at 3.5% salinity". seafriends.org.nz. Dicapai pada 2011-09-23.
  3. ^ Greenwood, m/s. 76
  4. ^ Greenwood, m/s. 75
  5. ^ Klaproth, M. (1797), "Nouvelles données relatives à l'histoire naturelle de l'alcali végétal (New data regarding the natural history of the vegetable alkali)", Mémoires de l'Académie royale des sciences et belles-lettres, Berlin: 9–13 From p. 13: "Cet alcali ne pouvant donc plus être envisagé comme un produit de la végétation dans les plantes, occupe une place propre dans la série des substances primitivement simples du règne minéral, & il devient nécessaire de lui assigner un nom, qui convienne mieux à sa nature. La dénomination de Potasche (potasse) que la nouvelle nomenclature françoise a consacrée comme nom de tout le genre, ne sauroit faire fortune auprès des chimistes allemands, qui sentent à quel point la dérivation étymologique en est vicieuse. Elle est prise en effet de ce qu'anciennement on se servoit pour la calcination des lessives concentrées des cendres, de pots de fer (pott en dialecte de la Basse-Saxe) auxquels on a substitué depuis des fours à calciner. Je propose donc ici, de substituer aux mots usités jusqu'ici d'alcali des plantes, alcali végétal, potasse, &c. celui de kali, & de revenir à l'ancienne dénomination de natron, au lieu de dire alcali minéral, soude &c." (This alkali [i.e., potash] — [which] therefore can no longer be viewed as a product of growth in plants — occupies a proper place in the originally simple series of the mineral realm, and it becomes necessary to assign it a name that is better suited to its nature. The name of "potash" (potasse), which the new French nomenclature has bestowed as the name of the entire species [i.e., substance], would not find acceptance among German chemists, who feel to some extent [that] the etymological derivation of it is faulty. Indeed it is taken from [the vessels] that one formerly used for the roasting of washing powder concentrated from cinders: iron pots (pott in the dialect of Lower Saxony), for which roasting ovens have been substituted since then. Thus I now propose to substitute for the until now common words of "plant alkali", "vegetable alkali", "potash", etc., that of kali ; and to return to the old name of natron instead of saying "mineral alkali", "soda", etc.)
  6. ^ a b Levey, Martin (1962). "Mediaeval Arabic Bookmaking and Its Relation to Early Chemistry and Pharmacology". Transactions of the American Philosophical Society. 52 (4): 24. doi:10.2307/1005932.
  7. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 302. ISBN 967-65-7321-3.
  8. ^ Davy, Humphry (1808). "On some new phenomena of chemical changes produced by electricity, in particular the decomposition of the fixed alkalies, and the exhibition of the new substances that constitute their bases; and on the general nature of alkaline bodies". Philosophical Transactions of the Royal Society. 98: 32. doi:10.1098/rstl.1808.0001.
  9. ^ Davy, Humphry (1809). "Ueber einige neue Erscheinungen chemischer Veränderungen, welche durch die Electricität bewirkt werden; insbesondere über die Zersetzung der feuerbeständigen Alkalien, die Darstellung der neuen Körper, welche ihre Basen ausmachen, und die Natur der Alkalien überhaupt". Annalen der Physik. 31 (2): 113–175. p. 157: In unserer deutschen Nomenclatur würde ich die Namen Kalium und Natronium vorschlagen, wenn man nicht lieber bei den von Herrn Erman gebrauchten und von mehreren angenommenen Benennungen Kali-Metalloid and Natron-Metalloid, bis zur völligen Aufklärung der chemischen Natur dieser räthzelhaften Körper bleiben will. Oder vielleicht findet man es noch zweckmässiger fürs Erste zwei Klassen zu machen, Metalle und Metalloide, und in die letztere Kalium und Natronium zu setzen. — Gilbert. (In our German nomenclature, I would suggest the names Kalium and Natronium, if one would not rather continue with the appellations Kali-metalloid and Natron-metalloid which are used by Mr. Erman [i.e., German physics professor Paul Erman (1764–1851)] and accepted by several [people], until the complete clarification of the chemical nature of these puzzling substances. Or perhaps one finds it yet more advisable for the present to create two classes, metals and metalloids, and to place Kalium and Natronium in the latter — Gilbert.) Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  10. ^ Berzelius, J. Jacob (1814), Försök, att, genom användandet af den electrokemiska theorien och de kemiska proportionerna, grundlägga ett rent vettenskapligt system för mineralogien [Attempt, by the use of electrochemical theory and chemical proportions, to found a pure scientific system for mineralogy], Stockholm, Sweden: A. Gadelius, m/s. 87
  11. ^ a b Georges, Audi; Bersillon, O.; Blachot, J.; Wapstra, A. H. (2003). "The NUBASE Evaluation of Nuclear and Decay Properties". Nuclear Physics A. Atomic Mass Data Center. 729: 3–128. Bibcode:2003NuPhA.729....3A. doi:10.1016/j.nuclphysa.2003.11.001.
  12. ^ Bowen, Robert; Attendorn, H. G. (1988). "Theory and Assumptions in Potassium–Argon Dating". Isotopes in the Earth Sciences. Springer. m/s. 203–8. ISBN 978-0-412-53710-3.
  13. ^ Anaç, D.; Martin-Prével, P. (1999). Improved crop quality by nutrient management. Springer. m/s. 290–. ISBN 978-0-7923-5850-3. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  14. ^ [1]
  15. ^ "Radiation and Radioactive Decay. Radioactive Human Body". Harvard Natural Sciences Lecture Demonstrations. Dicapai pada July 2, 2016.
  16. ^ Winteringham, F. P. W; Effects, F.A.O. Standing Committee on Radiation, Land And Water Development Division, Food and Agriculture Organization of the United Nations (1989). Radioactive fallout in soils, crops and food: a background review. Food & Agriculture Org. m/s. 32. ISBN 978-92-5-102877-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Sumber utama
  • Greenwood, Norman N.; Earnshaw, Alan (1997). Chemistry of the Elements (ed. 2nd). Butterworth-Heinemann. ISBN 0-08-037941-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]