Keupayaan tindakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Potensi aksi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Apabila keupayaan tindakan bergerak pada akson, terdapat beberapa perubahan dalam kekutuban di sepanjang membran. Saluran ion berpagar Na+ dan K+ dibuka dan ditutup apabila membran mencecah keupayaan ambang, sebagai respons kepada isyarat neuron yang lain. Pada permulaan keupayaan tindakan, saluran the Na+ dibuka dan Na+ bergerak masuk ke dalam akson, menyebabkan penyahkutuban. Pengutuban semula berlaku apabila saluran K+ dibuka dan K+ bergerak keluar dari akson. Ini menghasilkan perubahan dalam kekutuban di antara luar dan dalam sel. Impuls bergerak dalam satu arah ke hujung akson di mana ia memberi isyarat kepada neuron lain.

Dalam fisiologi, keupayaan tindakan (كاوڤايان تيندقن) merupakan peristiwa pendek di mana keupayaan membran elektrik suatu sel naik dan turun dengan pantas mengikuti lintasan yang selaras. Keupayaan tindakan berlaku dalam beberapa sel haiwan (di mana ia dipanggil sebagai sel mudah teruja) termasuklah sel otot, neuron dan sel endokrin serta beberapa sel tumbuhan. Dalam neuron, ia memainkan peranan dalam perhubungan antara sel ke sel.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]