Pour le Mérite

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pour le Merite)
Pour le Merite (Darjah Ketenteraan)

Pour le Mérite (asal bahasa Perancis dan diterjemah untuk kepujian), dikenali secara rasmi sebagai Blue Max (Bahasa Jerman: Blauer Max), merupakan pingat keberanian tertinggi Kerajaan Prusia. Ia telah dianugerahkan hanya untuk mengiktiraf pencapaian peribadi (keberanian) yang luar biasa (atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan), dan bukannya sebagai penanda umum status sosial atau satu penghormatan ihsan, walaupun sekatan-sekatan tertentu kelas sosial dan pangkat tentera telah digunakan. Anugerah ini telah diberikan sebagai penghormatan tentera (1740-1918) dan sivil (1740–1810, selepas tahun 1842 sebagai satu kelas berasingan).

Anugerah ini telah dizahirkan pada tahun 1740 oleh Raja Prusia, Frederich Agung; ia pada mulanya sebagai satu penghormatan tentera, tetapi kadangkala juga dikurniakan untuk pencapaian sivil. Darjah-darjah tentera pangkat baru Pour le Merite dihentikan selepas berakhirnya kerajaan monarki Prusia pada November 1918, iaitu sejurus selepas Perang Dunia I tamat. Pada Perang Dunia II, pingat Knight Cross dianggap sebagai pengganti kepada Pour le Merite.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Hieronymussen, Paul (1967)' Orders and Decorations of Europe in Color, The Macmillan Company, New York
  • van Wyngarden, G. (2006). Early German Aces of World War I, Osprey Publishing Ltd. ISBN 1-84176-997-5

Pautan luar[sunting | sunting sumber]