Power (EP)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Amaran: Tajuk paparan "<i>Power</i> &#32;(EP)" mengatasi tajuk paparan awal "<i>Power</i> (EP)".

Power
EP oleh B.A.P
Dikeluarkan pada 27 April 2012 (lihat sejarah pelancaran)
Dirakam pada 2012
Genre Hip hop, K-pop, R&B kontemporari, Rock
Masa 11:38
Syarikat TS Entertainment
Penerbit Kim Tae-Sung, Kang Ji-won, Kim Ki-bum
Kronologi B.A.P
Warrior (2012) Power (2012)
Single daripada album Power
  1. "Power"
    Dikeluarkan pada: 27 April 2012

Power merupakan album mini kedua bagi kumpulan muzik dari Korea Selatan, B.A.P. Album mini dilancarkan secara digital pada 27 APril 2012 dan mengandungi empat buah runut lagu. Single utama iaitu "Power" (Kuasa) juga dilancarkan pada hari yang sama melalui pelbagai stor digital dalam talian.

Latar belakang dan promosi[sunting | sunting sumber]

TS Entertainment melancarkan video teaser untuk single daripada album mini kedua B.A.P, "Power" (Kuasa) di pelbagai laman dalam talian pada 23 April. Teaser ini memaparkan kapal angkasa yang dilitupi dengan kotoran dan kereta yang meletup sebagai latar belakang teaser menjadikannya seolah-olah sebuah filem blokbuster terutamanya robot setinggi 4 meter dan seberat 200kg yang pernah muncul dalam video muzik "Warrior" (Pahlawan) kini menjadi robot dengan ketinggian 18 meter dan seberat 700kg. Lebih mengejutkan lagi bahawa kos untuk penghasilan kapal angkasa itu ialah lebih sejuta won atau $88,300. B.A.P mengeluarkan album mini Power ini pada 27 hari bulan dan diikuti dengan promosi di program muzik.[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

※ Warna yang digelapkan pada senarai lagu di bahagian Tajuk bermaksud single promosi bagi album ini. [2]

No. Tajuk Masa
1. "Fight For Freedom" (Intro) 1:25
2. "Power" ("Kuasa") 3:49
3. "What the Hell" ("Apa Hal") 4:03
4. "Itu Semua Dusta" (전부 거짓말 Jeonbu Geojitmal) (It's All Lies) 3:42
Jumlah masa:
13:01

Carta[sunting | sunting sumber]

Pada 28 April, album mini telah berjaya menduduki tangga pertama dalam carta Hip-hop iTunes di Kanada dan New Zealand.[3] Dalam carta yang sama, album ini juga mendapat tempat kedua di Amerika Syarikat dan Australia serta ketiga di Jepun.[3]

Carta album[sunting | sunting sumber]

Carta[4] Kedudukan
tertinggi
Carta album mingguan Hanteo
Carta album mingguan Gaon[5]
Carta album bulanan Gaon

Jualan[sunting | sunting sumber]

Carta Jualan[4]
Jualan fizikal Gaon

Sejarah pelancaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
 Korea Selatan 27 April 2012[6] Muat turun digital TS Entertainment
Icons-mini-icon world.gif Seluruh dunia
 Korea Selatan 3 Mei 2012 CD

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Bak, Geun-uk (24 April 2012). "비에이피, 신곡 ‘파워’ 예고영상 공개..억대 우주선 ‘눈길’". The Korea Herald. Herald Media Inc.  (Korea)
  2. "B.A.P, Power - EP". iTunes. Apple Inc. 27 April 2012. 
  3. 3.0 3.1 "B.A.P top the iTunes Hip-Hop charts in Canada and New Zealand". en.korea.com. 29 April 2012. Diperolehi pada 30 April 2012.  Unknown parameter |writer= ignored (bantuan) (Inggeris)
  4. 4.0 4.1 "Gaon Search - B.A.P Warrior". Gaon Chart (Persatuan Industri KAndungan Muzik Korea).  (Korea)
  5. "Gaon Album Chart". Gaon Chart. 
  6. "Power (B.A.P)". Generasia (wiki). Diperolehi pada 30 April 2012.