Power Macintosh 6200

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Macintosh Performa 6300, salah satu daripada banyak model dalam keluarga 6200.

Power Macintosh 6200 (nama kod: "Crusader"/"Elixir", juga dijual menerusi nama kelainan Performa 6200, Performa 6300, dan Power Macintosh 6300) ialah siri komputer peribadi julat tengah yang merupakan sebahagian daripada siri komputer Power Macintosh dan siri Macintosh Performa, dengan kedua-dua siri itu merupakan pula sebahagian siri komputer Macintosh yang dikeluarkan oleh Apple Computer. Diperkenalkan pada Mei 1995, komputer ini yang meneruskan penggunaan selongsong 630 mempunyai unit pemprosesan pusat (CPU) PowerPC 603 pada kelajuan 75 MHz yang menggantikan Quadra 630. Siri ini memuncak pada April 1996 dengan penggunaan CPU PowerPC 603e pada 120 MHz. Power Macintosh 6300/160/Performa 6360 yang agak berbeza, berdasarkan Power Macintosh 6400, kemudian diperkenalkan pada awal 1997. Bagaimanapun, seluruh barisan 6x00 dihentikan pada Julai 1997 selepas pengenalan Power Macintosh G3, satu model komputer meja yang baharu.

Kekeliruan nama model[sunting | sunting sumber]

Kelaziman yang digunakan untuk menamai komputer Performa mengelirukan banyak orang. Selain daripada mempunyai banyak kelainan — misalnya, nombor model melebihi 6260 menggunakan pemproses PowerPC 603e, dengan ciri yang lain lebih kurang sama sahaja — ia juga merangkumi nombor model melebihi 6300 yang biasanya menunjukkan siri model yang berlainan. Sebaliknya, sesetengah komputer dengan nombor model yang membayangkannya tergolong dalam keluarga 6200/6300 (Power Macintosh 6300/160 yang tersebut di atas dan kelainannya, versi 6360 Performa) agak berbeza, bahagian dalamannya.

Umumnya, siri 6200 berkait rapat dengan siri 5200. Bagi hampir setiap model komputer meja 6xxx, terdapat satu model padanan 5xxx (semua dalam satu) yang memiliki skrin tiub sinar katod (CRT) bersepadu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]