Poyo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu Proud of Your Own....[perlu rujukan]

Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan generasi moden terutama remaja Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari.[perlu rujukan]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Perkataan poyo ialah slanga yang baru dicipta sekitar 2000an tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.[perlu rujukan]

Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:

  • Seseorang yang mempunyai watak hambar, tidak asli atau 'original', sedikit menjengkelkan dan kebodoh-bodohan
  • Seseorang yang berwatakan luar dari norma orang biasa seperti merasakan diri-sendiri bagus, suka temberang dan bercakap luar dari kenyataan

Ia juga mempunyai persamaan dengan slanga bahasa Inggeris Amerika iaitu 'lame'.

Poyo di dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Poster filem Poyo

Poyo telah mula meresap masuk di dalam dunia hiburan Malaysia, sama ada majalah, siri TV, filem dan sebagainya. Salah satu siri TV yang menggunakan perkataan ini di dalam skripnya ialah Misi XX-Ray. Di dalam akhbar pula, ia telah digunakan oleh seorang penulis B-Pop iaitu Zubir di dalam penulisannya.[1]

Poyo juga telah digunakan sebagai tajuk bagi sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 2002.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zubir (T.A.) ZUBIR ingatkan artis atau selebriti popular, terkenal saja yang perasan diri sudah hebat, bagus lalu bersikap angkuh atau bahasa pasarnya, ‘poyo’ dengan peminat dan media, rupa-rupanya..., B-pop. Dicapai pada 2008-09-21

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]