Prabayar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prabayar merujuk kepada perkhidmatan yang dibayar dahulu sebelum digunakan. Contoh prabayar termasuklah setem, tol lebuh raya, kad prabayar pengangkutan awam, telefon bimbit prabayar serta kad debit. Akaun prabayar adalah satu bentuk aset, dan ia akan meningkat dengan mengkreditkan akaun tersebut.

Perkhidmatan dan produk prabayar ada kalanya disasarkan kepada pengguna margin. Pilihan prabayar boleh menyebabkan pengurangan kos berbanding pascabayar kerana pengguna boleh memantau bajet mereka terlebih dahulu.

Tidak seperti perkhidmatan berasaskan pascabayar, sesetengah akaun prabayar mungkin boleh ditebus sebagai wang tunai. Oleh itu, ia boleh digunakan oleh pengguna yang tiada kad pengenalan atau mempunyai rekod kredit yang buruk. Kanak-kanak atau remaja bawah umur, pendatang, pelajar, golongan berpendapatan rendah serta golongan yang ingkar membayar hutang adalah pengguna prabayar yang paling lazim.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.