Presiden Israel
| Israel |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Presiden Negeri Israel (Bahasa Ibrani: נשיא המדינה, Nesi HaMedina, secara harfiah Presiden Negeri) merupakan ketua negara Israel. Jawatan ini hanyalah lambang negara, dengan kuasa sebenar dalam tangan Perdana Menteri.
Isi kandungan |
Pengundian [sunting]
Presiden dipilih dengan majoriti mutlak dalam Knesset (parlimen Israel). Jika tiada calon menerima majoriti mutlak pada kali ketiga, hanya majoriti mudah diperlukan. Tempoh bagi jawatan ini ialah 7 tahun. Seseorang Presiden tidak dibenarkan dipilih bagi kali kedua. Hingga kebelakangan ini, Presiden dipilih untuk satu tempoh 5 tahun, dan dibenarkan untuk terus berkhidmat 2 tahun lagi. Pada tahun 2000, tempoh jawatan ini dipanjangkan kepada 7 tahun.
Sesiapa saja yang berwarganegara Israel layak menjadi Presiden. Jawatan ini boleh menjadi kosong atas keputusan tiga suku daripada Knesset untuk melucutkan jawatan presiden kerana tingkah lakunya yang buruk atau ketidaksesuaiannya. Sistem kerajaan Israel tiada jawatan Timbalan Presiden. Semasa ketiadaan Presiden, Speaker Knesset boleh menjadi presiden sementara.
Kuasa dan peranan [sunting]
Kuasa Presiden Israel agak terhad berbanding dengan ketua negara yang lain. Presiden Israel boleh:
- Menandatangani setiap undang-undang, kecuali yang berkenaan dengan kuasa Presiden.
- Melantik ahli Knesset untuk membentukkan kerajaan atas nasihat parti yang akan memerintah.
- Melantik diplomat dan menerima diplomat asing.
- Menandatangani perjanjian dengan negara asing yang diluluskan oleh Knesset.
- Melantik hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat Jawatankuasa Perlantikan Hakim.
- Melantik gabenor Bank Israel dan birokrat yang lain atas nasihat Perdana Menteri.
- Mengampun penjenayah dan meringankan hukuman.
Kuasa Presiden biasanya digunakan atas nasihat menteri yang berkenaan.
Walaupun peranan Presiden tidak bersifat politik, tetapi berfungsi penting bagi moral, upacara, dan pendidikan.
Senarai [sunting]
| # | Nama | Mula menjawat | Tamat menjawat | Parti politik (ketika dilantik) |
|
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Chaim Weizmann | 17 Mei 1948 | 9 November 1952 | Tiada | |
| 2 | Yitzhak Ben-Zvi | 8 Disember 1952 | 23 April 1963 | Mapai | |
| 3 | Zalman Shazar | 21 Mei 1963 | 24 Mei 1973 | Mapai | |
| 4 | Ephraim Katzir | 24 Mei 1973 | 19 April 1978 | Alignment | |
| 5 | Yitzhak Navon | 19 April 1978 | 5 Mei 1983 | Alignment | |
| 6 | Chaim Herzog | 5 Mei 1983 | 13 Mei 1993 | Alignment | |
| 7 | Ezer Weizman | 13 Mei 1993 | 13 Julai 2000 | Buruh | |
| 8 | Moshe Katsav | 1 Ogos 2000 | 1 Julai 2007 | Likud | |
| 9 | Shimon Peres | 15 Julai 2007 | Kini | Kadima |
- ^ Sebelum Wiezmann, David Ben-Gurion menjadi Pengerusi Majlis Negeri Sementara, dari 14 hingga 17 Mei 1948. Jawatan Weizmann berkekal seperti ini hingga 17 Februari 1949, semasa beliau diisytiharkan sebagai Presiden oleh Knesset pertama. Selepas kematian Weizmann, Speaker Knesset Yosef Sprinzak mengambil alih jawatan Presiden buat sememtara.
- ^ Selepas kematian Ben-Zvi, Speaker Knesset Kadish Luz mengambil alih buat sementara.
- ^ Selepas Weizman meletak jawatan, Speaker Knesset Avraham Burg menjawat buat sementara.
- ^ Selepas Katsav meletak jawatan kerana disiasat oleh pihak polis (beliau dituduh merogol), Speaker Knesset Dalia Itzik mendukung jawatan buat sementara.