Fazira binti Wan Chek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Erra Fazira
Primadonaerra.jpg
Erra Fazira
Kelahiran Fazira binti Wan Chek
9 Februari 1974 (40 tahun)
Malaysia Rawang, Selangor, Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Erra Fazira
Terkenal kerana Wati dalam Sembilu (1994)
Maria dalam Maria Mariana (1996)
Nina dalam K.L menjerit 1 (2005)
Tempat asal Rawang
Agama Islam
Pasangan Yusry bin Abdul Halim (cerai)
Engku Emran Engku Zainal Abidin (cerai)


Fazira binti Wan Chek (lahir 9 Februari 1974) atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira adalah seorang model, pelakon, penyanyi, dan bekas ratu cantik Malaysia. Pemenang dua kali anugerah aktress terbaik FFM ini diberi jolokan sebagai "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" sejak tahun 1994 hingga kini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Sungai Choh, Rawang, Selangor kepada pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik, Erra Fazira merupakan seorang yang aktif di sekolah dan menyertai banyak persatuan seperti Pengakap, St Johns Ambulans, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Bahasa Inggeris. Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam acara sukan bola jaring. Erra Fazira sering bertukar sekolah disebabkan menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Erra pernah bersekolah bersama rakan baiknya, aktres Umie Aida di SMK Putri Melawati, Kuala Lumpur. Erra Fazira juga pernah berpacaran dengan Awie dari Kumpulan Wings.[1]

Bergelar Ratu Cantik[sunting | sunting sumber]

Erra Fazira sememangnya mempunyai minat menyanyi dan menari sejak kecil. Pada 1992, Erra menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia / World 1992. Hasilnya beliau memenangi gelaran tersebut sekaligus mewakili negara ke peringkat akhir di Bostwana, Afrika. Erra mempunyai ketinggian sebanyak 168 sentimeter.

Bakat nyanyian Erra dikesan oleh penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan. Erra mula aktif menyanyi di funfair sebelum berjaya mendapat kontrak rakaman Polygram Records.

Ke Layar Perak[sunting | sunting sumber]

Namun akibat populariti yang melonjak naik setelah bergelar Ratu Cantik Malaysia, Erra terlebih dahulu menerima tawaran untuk muncul dalam watak utama filem Sembilu arahan pengarah Yusof Haslam. Filem tersebut mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Erra sebagai aktres paling popular sebaris dengan aktres zaman itu seperti Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Sofia Jane dan Tiara Jacquelina.

Menceburi seni suara[sunting | sunting sumber]

Beliau kemudiannya menjadi artis rakaman Polygram Records untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Lagu Cinta Abadi menjadi salam perkenalan kepada peminat pada lewat tahun 1994.

Kisah cinta dan perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Erra menjalin hubungan cinta bersama aktor dan penyanyi rock, Awie setelah sama-sama membintangi filem Sembilu. Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 sebelum akhirnya putus tunang dengan episod kontroversi pada hujung 1998.[perlu rujukan] Awie kemudiannya berkahwin dengan penyanyi muda Arni Nazira Anuar pada Disember 1998.

Pada tahun 1998 juga, Fazira menubuhkan syarikat sendiri, Erra Fazira Entertainment Sdn Bhd.

Erra kemudian bertemu cinta dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry bin Abdul Halim setelah sama-sama menjalani sesi fotografi majalah pada 2001.

Erra Fazira diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Pada 16 Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.

Pada Jun 2007, Erra sekali lagi menjadi fokus episod kontroversi apabila beliau menjadi subjek cerita orang ramai apabila aktor Hans Isaac mengumumkan dia sudah tidak bercinta dengan Erra. Sebelum itu, baik Erra mahupun Hans; masing-masing menafikan mempunyai ikatan cinta. Kisah itu terus panas apabila Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Erra dan Hans.[perlu rujukan]

Perkahwinan di antara Erra dan Emran pada Oktober 2007 menamatkan spekulasi media. Bekas ratu cantik sebelum itu sah menjadi tunangan Engku Emran dalam satu majlis sederhana di kediamannya di Damansara Kim pada 7 Sept 2007. Setelah hampir dua tahun menjalani kehidupan tanpa suami, Erra Fazira akhirnya selamat diijab kabul dengan Emran di Restoran Puteri. Hanya senaskah al-Quran sebagai hantaran perkahwinan.

Pada 17 Februari 2014, Erra dan Emran telah sah bercerai dengan talak satu.[2]

Wajah Eksklusif Astro[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, Erra menandatangai kontrak Wajah Eksklusif Astro sekaligus menandakan Erra bersedia untuk muncul sebagai pelakon TV.

Erra bergelar ibu[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2009 Erra dan Emran dikurniakan cahaya mata bernama Engku Aleesya. Pun begitu, kisah anak sulung Erra ini menjadi bualan media apabila Erra dikatakan menyorokkan anaknya daripada media selama tempoh berpantang. Pada majlis cukur jambul Aleesya, Erra mengumumkan beliau dan suami serta anak akan muncul dalam rancangan realiti Gugu Gaga Erra sekaligus menjadikan Erra sebagai artis Malaysia pertama yang menjalani rancangan realiti mengenai anak sulungnya.

Keunggulan sang Primadona[sunting | sunting sumber]

Erra kini terus dijulang sebagai Primadona Filem Melayu biarpun dibanjiri oleh ramai muka-muka baru, namun populariti Erra sebagai aktres terus harum dan dikenang sebagai aktres paling berpengaruh di dalam sejarah perfileman melayu. Erra bukan sahaja seorang aktres tetapi juga bakat serba bolehnya dikenang menerusi hasil kerjanya sebagai penyanyi, penciptaan lagu, pengarah muzik video, penerbit filem dan TV serta pengacaraan. Erra juga merupakan aktres yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Sehingga 2009, kutipan keseluruhan filem lakonan Erra dikatakan berjumlah RM 76 juta.

Bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Erra telahpun muncul dalam lebih 30 buah filem sepanjang 20 tahun penglibatan dalam bidang lakonan. Beliau juga muncul dalam banyak drama televisyen ketika bergelar "Wajah Eksklusif Astro" sejak 2008.
Antara Lakonan


Rujuk laman Filemografi Erra Fazira untuk lebih perincian

Bidang muzik[sunting | sunting sumber]

Selain bergelar pelakon, Erra juga seorang penyanyi pop yang popular di Malaysia dan negara serantau. Beliau telah merakam 7 buah album studio yang mengandungi beberapa lagu hits yang menduduki carta teratas di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga banyak merakamkan lagu-lagu runut bunyi untuk filem. Erra pernah membuat dua buah konsert solo iaitu pada 1999 di Kuala Lumpur dan 2006 di Perth, Australia.
Album Studio


Lihat sini untuk Diskografi Erra Fazira dengan lebih perincian

Anugerah & pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
2001 Soal Hati Aktres Terbaik Menang
2003 Soalnya Siapa? Aktres Terbaik Dicalonkan
2004 Cinta Kolestrol Anugerah Filem Box Office Menang
2005 Hingga Hujung Nyawa Aktres Terbaik Menang
2006 Persona Non Grata Aktres Terbaik Dicalonkan
2008 Anak Aktres Terbaik Dicalonkan

Anugerah Skrin[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
1995 Sembilu 2 Aktres Pilihan Menang
2001 Soal Hati Aktres Terbaik Menang
2003 Soalnya Siapa? Aktres Terbaik Dicalonkan
2005 Hingga Hujung Nyawa Aktres Terbaik Dicalonkan
2006 Persona Non Grata Aktres Terbaik Dicalonkan
2008 Anak Aktres Terbaik Dicalonkan
2011 Sanggul Beracun Aktres TV Terbaik Dicalonkan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
1994 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
1995 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
1996 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
1997/98 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2000 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2001 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2002 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2003 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2004 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2005 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2006 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2007 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2008 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2013 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Pengacara TV Wanita Popular Dicalonkan

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
1995 (ke 2) Erra Fazira The Mini Album Artis Baru Wanita Terbaik Dicalonkan
2000 (ke 7) Kini Kulit Album Terbaik Dicalonkan
2001 (ke 8) Soal Hati (Illusif / Habsah Hassan) Lagu Terbaik Dicalonkan

Anugerah Juara Lagu (AJL)[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
1999 (ke-14) Jendela Hati (Fauzi Marzuki/ Habsah Hassan) Pop Rock Dicalonkan
2000 (ke-15) Pasrah (Saari Amri/ Yusof Kelana) Ballad Dicalonkan
2004 (ke-19) Hanya Di Mata (Azlan Abu Hassan/ Ucu) Pop Rock Dicalonkan

Separuh akhir Muzik Muzik

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
1996 (ke-11) Yang Terindah Hanya Sementara Ballad Dicalonkan
2000 (ke-15) Teman Bicara Ballad Dicalonkan
2001 (ke-16) Soal Hati Ballad Dicalonkan

Nota: Pada 1996, Erra menarik diri daripada menyertai separuh akhir Muzik Muzik, dan lagu tersebut disampaikan oleh penyanyi lain, iaitu Elji.

Anugerah Era[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
2001 Vokal Wanita Pilihan Dicalonkan
Kerana Lagu Pop Pilihan Dicalonkan
2002 Ucapkanlah (duet bersama Yusry Abdul Halim) Duo / Band Pilihan Dicalonkan

Anugerah Televisyen Asia[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
2011 "Sanggul Beracun" Pelakon TV Wanita Terbaik Dicalonkan

Anugerah Media Hiburan[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Anugerah Keputusan
1996 Artis Jelita Menang
1997 Artis Jelita Dicalonkan
1998 Artis Jelita Dicalonkan
Kulit Depan Majalah Terbaik Menang
bersama aktor, Awie Hero Heroin Pilihan Menang
1999 Artis Jelita Dicalonkan
bersama aktor, Norman Hakim Hero Heroin Pilihan Menang
2000 Artis Jelita Dicalonkan
Kulit Depan Majalah Terbaik Dicalonkan
bersama aktor, Afdlin Shauki Hero Heroin Pilihan Dicalonkan
Artis Serba Boleh Sensasi Dicalonkan
Artis Sensasi Tahun Ini Menang
2001 Artis Jelita Dicalonkan
Aktres Filem Sensasi Menang
Artis Serba Boleh Sensasi Dicalonkan
2002 Artis Jelita Menang
Aktres Filem Sensasi Menang
bersama aktor, Yusry Abdul Halim Hero Heroin Pilihan Menang
Artis Serba Boleh Sensasi Dicalonkan
2003 Artis Jelita Menang
Aktres Filem Sensasi Dicalonkan
bersama aktor, Yusry Abdul Halim Hero Heroin Pilihan Menang
Artis Serba Boleh Sensasi Dicalonkan
sebagai penerbit Filem Paling Sensasi Tahun Ini Menang
Artis Wanita Paling Bergaya Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jane Ritikos. "Awie Bongkar Kisah Perceraian", Mstar Online, 19 Oktober 2006. Retrieved on 16 Februari 2013.
  2. Nor Azura Abdul Jalil (2014/02/18). "Erra Fazira bercerai talak satu". myMetro. Diperoleh pada 18 Februari 2014. 


Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Amy Mastura
menerusi Puteri Impian
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik
2001
menerusi Soal Hati
Diikuti oleh:
Umie Aida
menerusi Embun
Didahului oleh
Nasha Aziz
menerusi Trauma
Festival Filem Malaysia- Aktres Terbaik
2005
menerusi Hingga Hujung Nyawa
Diikuti oleh:
Sharifah Amani
menerusi Gubra
Didahului oleh
Sofia Jane
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular
1994 - 1995
Diikuti oleh:
Ziana Zain
Didahului oleh
Amy Mastura
Anugerah Bintang Popular Berita Harian- Pelakon Filem Wanita Popular
2000 - 2004
Diikuti oleh:
Maya Karin