Primeworks Studios

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Primeworks Studios ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia milik penuh konglomerat media Media Prima. Syarikat ini dilancarkan pada 8 Ogos 2008 dengan tujuan membawa karya-karya televisyen tempatan yang bermutu mencapai pasaran sedunia.[1] Pada masa yang sama, segala penerbitan in-house yang dikelola atas nama-nama rangkaian televisyen Media Prima, iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9, diambil alih oleh Primeworks. Baru-baru ini, Primeworks mengadakan satu pertandingan "What's Your Big TV Idea?" untuk mencari idea-idea rancangan televisyen paling kreatif dari kalangan awam.

Menurut ketua pegawai operasi Primeworks, Faisha Pawanteh, syarikat ini bukan sahaja menerbitkan rancangan bagi pihak Media Prima, bahkan juga kepada pihak ketiga RTM dan Astro, di samping mengeksport rancangan buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa dan menjalin hubungan strategik dengan pengedar TV antarabangsa.[2]

[sunting] Rujukan

  1. "MPB's primeworks studios gears towards international market", OnScreen Asia, 2008-08-18. Dicapai pada 2008-09-11. (Inggeris) 
  2. Jeeva Arulampalam. "Media Prima unit to liven up content", Business Times, 2008-09-12. Dicapai pada 2008-09-21. 

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan