Prince of Persia: The Sands of Time (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Prince of Persia: The Sands of Time (filem)
Fail:Prince of Persia poster.jpg
Poster tayangan pawagam
Pengarah Mike Newell
Penerbit
Pengarang
Lakonan
Muzik Harry Gregson-Williams
Sinematografi John Seale
Penyuntingan Michael Kahn
Martin Walsh
Studio Jerry Bruckheimer Films
Pengedar Walt Disney Pictures
Mula ditayang Mei 9, 2010 (2010-05-09) (London)
Mei 28, 2010 (2010-05-28)
Tempoh ditayang 116 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $200 juta[1]
Pulangan kasar $143,302,590[2]

Prince of Persia: The Sands of Time (Putera Parsi: Pasir Masa) ialah sebuah filem pengembaraan dongeng 2010 dikarang oleh Jordan Mechner, Boaz Yakin, Doug Miro, and Carlo Bernard; diarah oleh Mike Newell; dan diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer. Filem ini banyak berasaskan permainan video yang sama nama pada 2003, dikembangkan dan dikeluarkan oleh Ubisoft Montreal.

Filem ini membintangi Jake Gyllenhaal sebagai Putera Dastan, Gemma Arterton sebagai Puteri Tamina, Ben Kingsley sebagai Nizam, dan Alfred Molina sebagai Sheik Amar.

Sungguhpun filem ini mempunyai judul yang sama dan berasaskan permainan video Prince of Persia: The Sands of Time, unsur-unsur dari Prince of Persia: Warrior Within dan Prince of Persia: The Two Thrones, dua lagi judul dari francais permainan video Prince of Persia, turut diterapkan.

Plot[sunting | sunting sumber]

Jalan cerita mengikutkan Dastan (Jake Gyllenhaal), seorang street urchin di Parsi (Iran), mengikut sejarah sewaktu Empayar Parsi pada kurun keenam. Selepas menunjukkan keberanian di tempat pasar, dia diasuh oleh raja. Lima belas tahun kemudian, Dastan, dan para saudara angkat dirajanya Garsiv dan Tus membawa tentera Parsi dalam suatu serangan pada bandar suci Alamut, di bawah tanggapan bahawa penghuni bandar itu menjual senjata kepada musuh mereka, seperti ditunjukkan oleh Nizam (Ben Kingsley), adik beradik lelaki dan penasihat Raja. Apabila Garsiv memimpin serangan permulaan, Dastan berkeputusan untuk mengetuai suatu serangan terperanjat dengan kawannya Bis (Reece Ritchie) melanggar arahan adik-beradik lelakinya. Dia berurus untuk membuka pintu pagar timur Alamut dan mencegah lebih kematian.[3] Sewaktu perkelahian di bandar, Dastan menawan salah seorang pengawal Puteri Tamina (Gemma Arterton) yang memegang Dagger of Time yang bermitos. Pisau itu memberi pemiliknya kemampuan untuk mengembara balik ke waktu yang telah lalu untuk suatu tempoh pendek supaya pengguna dapat cuba untuk membetulkan apa-apa kesilapan atau melakukan semula apa-apa saat. Alamut jatuh ke tangan Parsi, Tamina ditangkap dan dihadiahkan sebagai seorang isteri untuk Tus, yang akan membuat bandar Alamut sebahagian dari Empayar Parsi.

Ketika warga Parsi tengah meraikan kemenangan mereka, Putera Dastan terpedaya dengan menghadiahkan sehelai jubah yang beracun — nampaknya merupakan hadiah Tus — kepada Raja Sharaman (Ronald Pickup), sehingga membakar ayahanda sendiri. Putera Dastan yang didakwa sebagai dalang pembunuhan ayahandanya, melarikan diri dari istana bersama Puteri Tamina. Mereka bersama-sama memulakan perjalanan membuktikan bahawa Putera ini tidak bersalah, manakala Tamina hendak melindungi Dagger of Time. Pada malam pertama, Tamina cuba membunuh putera dan mengambil balik pisau belati itu, tetapi Dastan tidak sengaja menghidupkan pisau belati itu lalu menyedari keupayaan senjata itu memutar balik masa untuk seminit, oleh itu berjaya menangkis serangan Tamina. Dastan percaya bahawa Tus tahu akan pisau belati ini lalu menganiaya Dastan atas pembunuhan ayahanda mereka dalam cubaan merampas takhta dan pisau itu, sekaligus menjadi pemerintah terunggul di Parsi.

Di tengah-tengah perjalanan, mereka berdua menemui sekumpulan penyamun saudagar di lembah hamba abdi, termasuk seorang usahawan dan penganjur lumba burung unta bernama Sheik Amar (Alfred Molina) bersama sahabatnya Seso (Steve Toussaint) yang berasal dari kaum Ngbaka yang terkenal sebagai pakar lontar pisau. Dastan menawarkan Tamina sebagai hamba untuk membalas budi layanan baik mereka. namun, penyamun itu cuma merampas Dagger of Time sambil membawa Dastan menghadap Tus yang baru ditabalkan untuk mendapat habuan penangkapannya; mujurlah Dastan dan Tamina berjaya melarikan diri.

Dastan dan Tamina kembali ke Parsi untuk menghadiri upacara pengebumian Raja Sharaman. Dastan cuba meyakinkan ayahanda saudaranya Nizam bahawa dia bukan punca kemangkatan ayahandanya, tetapi sedar bahawa pisau belati itu sempat dilarikan oleh Tamina. Sebaliknya, Dastan perasan tangan-tangan Nizam luka terbakar, jangan-jangan Nizam inilah yang melakukan pembunuhan Raja. Lebih-lebih lagi, Nizam telah merancangkan serang hendap terhadap Dastan sepanjang jalan-jalanan Parsi. Selepas bertempur dengan adindanya Garsiv, Dastan sekali lagi melarikan diri.

Dastan mengejar Tamina untuk menjelaskan bahawa adinda Raja yang jahat itu, Nizamlah[4] yang mendalangi segalanya. Serangan di kota Alamut gara-gara dakwaan palsu yang didakyah oleh Nizam dengan niat merampas Dagger of Time dan menggunakannya bersama Sandglass yang tersembunyi di bawah kota Alamut. Beginilah, Nizam akan kembali ke masa silam yang ketika dia menyelamatkan Sharaman dari diserang singa lalu menghalang perbuatan itu untuk memastikan dirinya menjadi Raja Parsi. Tamina mendedahkan bahawa Sandglass ini adalah bekas simpanan Sands of Time yang dijelmakan oleh dewa-dewi untuk menghukum seluruh insan atas dosa-dosanya. Seorang gadis berhati suci memujuk mereka agar mengedapkan pasir tersebut dengan menawarkan nyawa dirinya; seandainya Dagger of Time digunakan untuk menebuk Sandglass, pasirnya akan keluar lalu menghancurkan seluruh dunia. Pemegang pisau itu juga boleh kembali ke zaman silam sejauh boleh. Dastan dan Tamina mengetepikan perselisihan antara mereka untuk bekerjasama melindungi pisau sakti ini.

Manakala di Parsi, Nizam yang menyedari Dastan tahu pendalangannya, cuba memujuk Raja Tus dan Garsiv bahawa Dastan hendak menggulingkan baginda dan harus dihukum mati tanpa perbicaraan untuk mengelakkan pemberontakan, tetapi gagal. Maka, terpaksalah Nizam mengupah segerombolan pahlawan berkemahiran tinggi bergelar "Hassansin" yang pernah berkhidmat sebagai pembunuh upahan kerabat diraja Parsi. Selama ini, Nizam menyembunyikan kumpulan ini untuk kepentingan diri setelah dibubarkan oleh Sharaman.

Dastan dan Tamina sekali lagi ditangkap oleh kumpulan Sheik Amar kerana kekacauan yang ditimbulkan oleh mereka di lembah itu. Sheik hendak menuntut ganjaran penangkapan mereka untuk memulakan semula perniagaanya. Akan tetapi, pada malam itu ketika semua orang tidur nyenyak, mereka diserang oleh ketua Hassansin (Gísli Örn Garðarsson) di tepi sebuah oasis dengan mengawal sekawan ular kapak, menyebabkan ramai orang terkorban, tetapi Dastan menggunakan pisau belati itu untuk memutar balik masa lalu mematahkan serangan ular Hassansin sendirian, sekaligus menyelamatkan nyawa Seso.

Pada hari berikutnya, dengan ditemani Sheik dan Seso, Dastan dan Tamina berjalan ke kawasan perlindungan rahsia di pergunungan dekat India, di mana pisau sakti itu boleh dikedap dengan mengembalikannya kepada batu asalnya. Untuk melakukannya, Tamina terpaksa mengorbankan diri, tetapi cubaan mereka diganggu oleh orang suruhan Garsiv. Namun demikian, Dastan berjaya meyakinkan adindanya bahawa dirinya tidak bersalah, tetapi Garsiv kemudian ditikam oleh lontaran pisau pancang bertubi-tubi oleh Hassansin. Sambil serangan Hassansin meragut ramai ahli kumpulan penyamun itu, ketua mereka berjaya merampas Dagger of Time dari Tamina (yang dijatuhkan dalam pertempuran) dengan bantuan ular terlatih. Bagaimanapun, Dastan diselamatkan dari serangan Hassansin terakhir oleh Garsiv yang kemudian mati akibat kecederaannya.

Tamina dan Dastan, bersama Sheik Amar dan Seso, kembali ke Alamut untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai Nizam dan pisau itu kepada Tus. Mula-mula, mereka perlu mendapatkan semula pisau itu yang disimpan dalam kuil suci yang dijaga oleh Hassansin yang membunuh Garsiv. Seso, selaku pakar melontar pisau, melawan Hassansin yang berpancang demi pisau belati itu. Dia berjaya membunuh Hassansin itu dengan lontaran yang kemas, tetapi terkorban akibat kecederaan juga, tetapi sempat melontarkan pisau belati itu keluar melalui tingkap kepada Sheik dan Dastan sebelum nafas tarkhirnya. Sheik Amar kemudian mengalih perhatian penjaga-penjaga itu ketika Dastan mendedahkan rahsia Dagger of Time kepada kandanya Tus dengan membunuh diri, kemudian Tus memtar balik masa dengan senjata itu. Kemudian, Tus dibunuh oleh Nizam, dan Dastan pula dihalang oleh seorang lagi Hassasin. Sekali lagi pisau itu jatuh di tangan Nizam, tetapi Dastan sempat mengalankan Hassansin itu dengan bantuan Tamina. Tamina sedar bahawa Hassansin itu bertugas sebagai perisik dalam kota Alamut dan mungkin dialah yang memaklumkan perihal pisau itu kepada Nizam.

Nizam pergi ke gua Sandglass di bawah Alamut, sambil dikejar oleh Dastan dan Tamina. Tamina membuka pintu rahsia ke dalam bilik itu untuk membolehkan mereka mengambil jalan pintas ke arah Sandglass. Di tengah jalan, mereka menemui ketia Hassansin; tetapi, setelah berlawan bertungkus-lumus, Tamina menikam mata Hassansin itu dengan taring ular, membolehkan Dastan membunuh dan menghumbannya ke dalam jurang. Dastan dan Tamina sempat mengejar Nizam yang tengah menebuk Sandglass dengan pisau sakti itu. Dalam pertempuran kemuncak, Nizam menumbangkan Tamina ke pinggir jurang, tetapi Dastan sempat menyambut tangan Tamina. Menyedari bahawa Dastan tidak boleh mengalahkan Nizam sambil menyelamatkannya, Tamina menyatakan rasa cintanya kepada Dastan lalu melepaskan tangannya untuk mengorbankan diri supaya Dastan boleh mengerjakan Nizam. Dastan dan Nizam berlawan habis-habisan sambil merebut Dagger of Time dalam genggaman mereka. Dastan kemudian menggunakan butang pisau itu untuk membuka bekas Sands of Time dan melancarkan kuasanya ke arah Nizam. Sandglass retak perlahan-lahan dan ribut pasir menghancurkan Alamut. Dastan akhirnya dapat menggunakan Dagger of Time untuk mengundurkan masa apabila Sandglass keretakan, sehingga kembali pada waktu ketika dia mula-mula memegang pisau itu ketika serangan Alamut.

Dastan menggunakan pengetahuannya untuk mendedahkan rancangan jahat Nizam kepada saudara-saudaranya. Dia meraih kepercayaan mereka dengan mendedahkan apa yang didengarinya dari Tus mengenai perjumpaan dengan ayahanda mereka sebelum diserang. Setelah terbongkar, Nizam cuba membunuh Dastan, tetapi akhirnya ditusuk sampai mati oleh Tus dengan mata pisaunya. Setelah meminta ampun kerana menggeledah kotanya, Tus mengusulkan supaya Tamina diperisterikan oleh Dastan sebagai lambang muhibah. Maka Putera Dastan mengembalikan Dagger of Time kepada Tamina sebagai hadiah, maka Tamina kelihatan terperanjat di mata Dastan. Kemudian, mereka berdua bersembang dan Tamina meluahkan rasa hairannya kerana Dastan tiba-tiba berubah kelakuan sambil membayangkan bahawa dirinya mungkin sudah mempelajari sesuatu, yakni bahawa mereka berdua mampu menentukan takdir sendiri.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Prince of Persia: The Sands of Time
Fail:Prince of Persia The Sands of Time Score.jpg
Runut bunyi oleh Harry Gregson-Williams
Dikeluarkan pada
May 17, 2010
Genre Score, Soundtrack
Masa 66:26
Syarikat Walt Disney Records


Alanis Morissette menggubah lagu tema filem ini, iaitu "I Remain".[5] Skornya digubah oleh komposer, Harry Gregson-Williams.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fritz, Ben. "Movie Projector: 'Sex and the City' ladies to rule over 'Prince of Persia'", Los Angeles Times, Tribune Company, May 27, 2010. Dicapai pada May 27, 2010. “It appears that "Persia" won't draw enough men, however, to make good on its hefty production budget of about $200 million.” 
  2. "Prince of Persia: The Sands of Time (2010)", 'Box Office Mojo', Internet Movie Database. Dicapai pada June 2, 2010. 
  3. Peter Sciretta. "Footage from Prince of Persia: The Sands of Time", /filem, May 10, 2009. Dicapai pada May 10, 2009. 
  4. Kit, Borys (May 20, 2008). "Jake Gyllenhaal crowned 'Prince of Persia'". The Hollywood Reporter (Nielsen Company). http://www.hollywoodreporter.com/hr/content_display/filem/news/e3if545c66bc7e570547c6373960ca71a37. Capaian July 14, 2008. 
  5. http://www.cifraclubnews.com.br/noticias/21541-alanis-morissette-grava-musica-para-filme-prince-of-persia-ouca.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Prince of Persia series Templat:Mike Newell